Portal berita terbaik anda

Viral

‘Bersabar adikku, iblis memang tak suka kerja baik’ – Pesan sahabat buat Ebit Lew

Pendakwah bebas, Ustaz Ebit Lew menggesa orang ramai agar tidak menyalahkan mana-mana pihak berikutan kontroversi yang timbul ekoran bantuan yang dihulurkannya kepada sebuah keluarga daif di Kedah, baru-baru ini.

Menurut Ustaz Ebit, usahanya itu hanya “setitik” jika dibandingkan dengan pihak lain yang sebelum ini menghulurkan bantuan.

Ustaz Ebit turut memohon maaf sekiranya apa dilakukannya mengguris hati orang ramai kerana niatnya hanya ingin membantu.

Sementara itu, pengasas The Third Force, Raja Shamri Raja Husin yang kerap terlibat dengan aktiviti sukarelawan telah menitipkan satu pesanan buat pendakwah berkenaan, pada Selasa.

Dalam satu posting di Facebook, Raja Shamri berpesan kepada Ustaz Ebit yang dipanggil Adik itu agar sentiasa bersabar dengan karenah manusia dan jangan berputus asa untuk terus melakukan kerja amal.

Menurutnya, sepanjang enam tahun terlibat dalam kegiatan sukarelawan, pelbagai onak dan duri terpaksa beliau tempuhi termasuklah menerima ugutan bunuh daripada pihak tidak dikenali.

Raja Shamri turut meminta Ustaz Ebit agar sentiasa berhati-hati kerana kebencian manusia ini seringkali menjurus kepada tindakan yang tidak terjangkau dek akal fikiran.

Di akhir posting tersebut, Raja Shamri mendoakan agar Ustaz Ebit sentiasa kuat dan positif kerana masih ada banyak perkara yang belum mereka lakukan bersama.

Loading...

Leave a Reply