‘Berkat doa, Allah makbulkan’ – Isteri Nizam Laksamana bebas kanser

Vokalis kumpulan terkenal 90-an, Nizam Laksamana, meluahkan rasa syukur selepas memaklumkan kesemua sel-sel kanser yang ada dalam tubuh isteri tercintanya, Salwati Zulkifli, kini telah tiada dan mati sepenuhnya selepas melakukan pembedahan.

Menerusi entri Instagram, Nizam yang memaklumkan sebanyak 17 kelenjar limfa telah dibuang dan dihantar ke makmal menerusi pembedahan berkenaan.

“Semalam jumpa doktor di Jabatan Pembedahan (SOPD), Hospital Kuala Lumpur, untuk mengetahui keputusan pembedahan kanser payudara isteri saya.

“Alhamdulillah, doktor kata sel-sel kanser sudah tiada dan mati di tempat yang dibedah. Sebanyak 17 kelenjar limfa dibuang serta dihantar ke makmal.

“Syukur tiada satu pun kelenjar limfa tersebut ada sel kanser. Bermakna, kimoterapi dan pembedahan itu berjaya meghapus sel kanser,” kongsinya di Instagram.

Dalam pada itu, Nizam turut menitipkan ucapan penghargaan kepada semua pihak yang telah mendoakan kesihatan isterinya itu.

“Berkat izin Allah, doa-doa kaum keluarga, kawan-kawan di Facebook serta berkat doa anak-anak yatim, Allah makbulkan. Terima kasih diucapkan. Semoga isteri saya bebas sepenuhnya dari kanser,” coretnya ringkas.

Loading...

Leave a Reply