Beribu orang beratur, PDRM tawar diskaun 50 peratus saman trafik

0
236

KUALA LUMPUR 8 Okt. – Lebih 1,000 pesalah trafik di Lembah Klang mengambil kesempatan membayar tunggakan saman trafik selepas Polis Diraja Malaysia (PDRM) menawarkan diskaun sehingga 50 peratus sempena perayaan Deepavali.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Zulkifly Yahya, biarpun orang ramai mula membanjiri Balai Polis Trafik di Jalan Tun H.S. Lee di sini seawal pukul 7.30 pagi, kaunter pembayaran hanya dibuka pada pukul 8.30 pagi tadi.

Jelasnya, setakat pukul 5.30 petang tadi, seramai 1,000 pesalah trafik telah menyelesaikan 4,000 saman walaupun kaunter telah ditutup pukul 4.30 petang.

“Kita tetap akan menerima pembayaran saman walaupun ada dalam kalangan mereka telah lama menunggu untuk menyelesaikan tunggakan saman hingga selesai.

“Sebanyak tiga kaunter dibuka bagi membolehkan orang ramai menjelaskan pembayaran saman mereka di Lembah Klang,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here