Portal berita terbaik anda

Hiburan

Berang difitnah putar belit cerita, wartawan ‘sound’ Sajat di Facebook

SHAH ALAM – Sejak semalam, berita mengenai usahawan kontroversi, Nur Sajat, panas gara-gara nama sebenarnya ‘terdedah’ apabila media melaporkan mengenai kes mahkamahnya ekoran dia didapati melakukan kesalahan membabitkan Akta Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) 2014, tiga tahun lalu.

Susulan itu, usahawan berkenaan menerusi laman Instagramnya menuduh pihak media memutar belit cerita dan memberi maklumat salah.

Nur Sajat juga mendakwa pihak media sengaja mempergunakan isunya tertinggal kad pengenalan Mykad untuk melariskan berita mereka.

Susulan tuduhan Nur Sajat itu, seorang wartawan Tuan Buqhairah Tuan Muhamad Adnan, yang membuat liputan mengenai kes mahkamah usahawan itu tampil memberi penjelasan.

Menerusi Facebook, Tuan Buqhairah berkata semua wartawan khususnya wartawan meja mahkamah perlu menulis berita berdasarkan fakta yang disahkan dan tidak boleh dinafikan.

“Setakat senarai kes yang ada di notis, itu adalah perkara biasa yang mahkamah buat bagi memudahkan orang awam menyemak kes mereka.

“Untuk makluman, semua kes diletakkan nama penuh OKT( Orang kena tuduh), OKS (Orang Kena Saman), dan Orang kena Cukai termasuk nama- nama penuh syarikat atau pihak-pihak terbabit.

“Tak ada tulis nama samaran ye. Sebab apa? Sebab Mahkamah adalah salah satu badan kerajaan yang merupakan institusi menegakkan KEADILAN.

“Kalau KERTAS PERTUDUHAN ada dalam tangan kami, putar belit apa ye Muhammad Sajjat? Putar belit sebab letak nama penuh awak ye?,” tulisnya.

Wartawan itu juga turut mendedahkan dia menerima panggilan dan mesej menerusi aplikasi Whatsapp daripada pembantu peribadi (PA) Nur Sajat yang merayu untuk tidak mendedahkan nama sebenar lelaki itu.

“Berkali-kali PA awak call dan whatsapp saya minta saya dan kawan-kawan tarik nama sebenar Muhammad Sajjad.

“Tapi walaupun panjang lebar saya explain kepada PA awak mengenai skop tugas kami, nampaknya awak masih tidak berpuas hati.

“Untuk makluman awak, Peguam Negara sebelum ini MEMBENARKAN kami mendapat kertas pertuduhan agar dapat memberi maklumat tepat kepada masyarakat dalam setiap laporan,” tulisnya lagi.

Media semalam melaporkan Nur Sajat atau nama sebenarnya Muhammad Sajjad Kamaruzzaman, 33, didenda RM2,700 atas tiga kesalahan membabitkan Akta Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) 2014, tiga tahun lalu.

Usahawan itu bagaimanapun gagal mengemukakan sebarang dokumen pengenalan diri termasuk kad pengenalannya (MyKad) ketika dipanggil mahkamah untuk dibacakan pertuduhan atas alasan baru pulang dari luar negara.

Prosiding bagaimanapun diteruskan apabila pihak pendakwa menyerahkan salinan kad pengenalan usahawan itu kepada mahkamah.

Mengulas mengenai perkara itu, wartawan tersebut menafikan dakwaan Nur Sajat kononnya pihak media mereka-reka cerita mengenai ‘isu tertinggal kad pengenalan’ kerana tegasnya, sememangnya usahawan itu mengakui tidak membawa Mykad semalam.

“Sekarang awak nafi tak bawa MyKad ke mahkamah. Sedar atau tidak, setiap pergerakan awak di dalam mahkamah direkodkan oleh CCTV setiap penjuru.

“Usahkan CCTV, kami pun nampak awak gelabah tetek cari MYKad dalam beg sebelum tampil kehadapan memaklumkan tidak bawa ic.

“Hakim Rofiah Mohamad masih boleh consider lagi even awak tak bawa MyKad dan minta lesen memandu. Itupun awak tak bawa.

“And lucky Puan Asyikin Pegawai Pendakwa Kastam ada salinan MyKad awak.

“Jangan kata kami putar belit kerana setiap laporan kami BERSANDARKAN DOKUMEN sedangkan awak try hard menegakkan benang basah sehingga terbelit diri sendiri.

“Suka saya ingatkan awak Muhammad Sajjat, memberi atau mereka keterangan palsu apatah lagi di dalam mahkamah boleh didakwa mengikut Seksyen 193 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tujuh tahun dan boleh dikenakan denda,” katanya lagi. -SuaraTv

Loading...

Leave a Reply