Berang cinta ditolak, Mat Bangla toreh muka teman wanita

SEORANG wanita parah selepas ditoreh di muka oleh lelaki warga Bangladesh dekat pusat beli-belah di Damansara Jaya, Petaling Jaya, Khamis lalu.

Dalam kejadian kira-kira 5 petang itu, mangsa, 24, luka hampir lima sentimeter bermula dari bibir hingga ke bahagian pipi kanan selepas lelaki warga Bangladesh terbabit bertindak menoreh bahagian muka dengan objek tajam.

Susulan kejadian itu, mangsa dikejarkan Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) bagi mendapatkan rawatan sebelum kejadian dilaporkan kepada pihak polis.

Suspek kini dalam tahanan polis

Pihak polis juga telah berjaya menahan suspek lelaki berusia 20-an terbabit untuk membantu siasatan pada Jumaat lalu.

Suspek direman tujuh hari sehingga Jumaat ini untuk siasatan mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan parah menggunakan senjata.

Sebenarnya bukan kekasih?

Sementara itu, seorang netizen memberitahu, suspek bukanlah teman lelaki mangsa seperti yang didakwa sesetengah pihak. Dia cuma kenalan mangsa dan dipercayai menyimpan perasaan cinta terhadap mangsa namun tidak dilayan.

Berang cintanya ditolak, suspek telah bertindak di luar jangkaan dengan menoreh muka mangsa.

Loading...

Leave a Reply