Portal berita terbaik anda

Utama

Bendera PKR, Malaysia di perlawanan Piala Dunia

Di sebalik demam Piala Dunia dan kegembiraan pasukan Senegal selepas menewaskan Poland 2-1 dalam aksi Kumpulan H di Spartak Arena, Moscow malam tadi, peminat boleh sepak tanah air nampaknya boleh tumpang berbangga apabila ‘Malaysia juga layak ke Piala Dunia’.

Manakan tidak, meskipun pasukan negara kini menduduki tangga ke-171 dunia, namun kelibat bendera Malaysia dan PKR yang berjaya dibawa pada perlawanan pusingan akhir 2018 di Rusia malam tadi, sudah cukup menghiburkan hati rakyat negara ini.

Sekeping gambar yang dikongsi di laman Twitter Pemuda PKR Nik Nazmi Nik Ahmad kira-kira tiga jam lalu menarik perhatian rakyat Malaysia khususnya peminat bola sepak.

Nik Nazmi menyiarkan gambar tersebut yang memaparkan bendera PKR diikat di pagar keluli di stadium Spartak, sementara di sebelahnya boleh kelihatan bendera Jalur Gemilang.

“Siapa rakyat Malaysia ini? Duduk di barisan hadapan,” demikian tulis Nik Nazmi dalam entrinya, hari ini.

Menerusi gambar tersebut juga, jurulatih Senegal, Aliou Cisse dilihat mendonggak ke arah langit ketika pasukannya menentang Poland.

Pada perlawanan tersebut, pasukan Senegal menjadi negara pertama dari benua Afrika yang berjaya meraih tiga mata selepas menumpaskan Poland, walaupun pasukan negara itu dibarisi beberapa jaguh ternama dunia seperti Robert Lewandowski.

Senegal yang terkenal dengan jolokan The Lions berkongsi mata dengan Jepun yang juga dalam Kumpulan H. Jepun mencatat kemenangan selepas menewaskan Colombia 2-1.

– mD

Loading...

Leave a Reply