Bendera Malaysia berkibar di Christchurch, guru dan rakan Haziq sebak

SATU tamparan hebat buat seorang bapa apabila terpaksa menerima hakikat bahawa anak kesayangannya kini telah pergi buat selama-lamanya dengan cara yang begitu tragis.

Perpisahan terpaksa dihadapi oleh keluarga Mohd Tarmizi Shuib yang merupakan antara mangsa tragedi berdarah itu.

Menerusi perkogsian di Twitter salah seorang wartawan bernama, Sumisha Naidu telah berjaya mendapatkan beberapa maklumat mengenai majlis pengebumian Allahyarham Muhammad Haziq hari ini.

Doa ayah ibu iringi pengebumian Haziq

Setelah seminggu menunggu berita, akhirnya Haziq pulang kembali ke sisi keluarga walaupun hanya sementara sebelum dikebumikan.

Runtun hati seorang bapa, walaupun turut mengalami kecederaan yang teruk namun Mohd Tarmizi tetap mengagahkan dirinya untuk menyelesaikan urusan pengebumian anak yang tersayang.

Bendera Malaysia berkibar

Demi memperingati satu-satunya mangsa korban daripada Malaysia, pihak masjid meletakan bendera jalur gemilang di hadapan masjid Al-Noor.


Rakan sekolah tidak dapat tahan sebak

Malah beberapa guru dan rakan sekolah Haziq juga turut kelihatan hadir pada majlis pengebumian sebagai tanda penghormatan terakhir.

Ada yang dilihat memberi bunga di pusara Haziq malah beberapa orang rakan sekolahnya serta gurunya dilihat mengalirkan air mata melihat jenazah Haziq dikebumikan.

Jenazah Haziq selamat dikebumikan bersama mangsa serangan Christchurch yang terkorban Jumaat lalu, semoga keluarga Haziq tabah menghadapi pemergiannya.

You might like

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *