Belum terlambat Nik Omar kembali ke pangkal jalan

0
678

KOTA BHARU – Pas sentiasa membuka pintu terbuka kepada bekas ahlinya termasuk anak kedua Allahyarham, Datuk Seri Nik Abdul Aziz Nik Mat, iaitu Nik Omar untuk kembali ke pangkal jalan.

Naib Ketua Dewan Ulama Pas Pusat, Datuk Dr. Johari Mat berkata, setiap manusia pernah melakukan kesalahan dan terlajak dalam mengambil tindakan.

“Kita berdoa agar setiap orang boleh memperbetulkan kesilapan kembali. Ada orang kata kalau sudah terlajak kata tidak boleh undur semula, namun bagi saya terlajak langkah sekalipun boleh undur kembali.

“Sedangkan Allah SWT menerima taubat hambanya, apatah lagi Pas yang tidak pernah menutup mana-mana pintu kepada bekas ahlinya untuk kembali kerana itu keterbukaan Islam yang kita belajar,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar di Bangunan Pas di sini hari ini.

Yang turut hadir ialah Setiausaha Badan Perhubungan Pas negeri, Datuk Che Abdullah Mat Nawi. – UTUSAN ONLINE

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here