Cempedak Cheese

Portal berita terbaik anda

Hiburan

Belum sempat tayang, ada individu bocorkan jalan cerita filem Avengers: Endgame

BELUM sempat ditayangkan kepada umum, sudah ada individu yang membocorkan jalan cerita filem Avengers: Endgame.

Perkara itu berlaku menerusi laman Reddit dan ia dilakukan oleh seorang pelayar yang mendakwa bekerja dalam penghasilan filem itu.

Menggunakan nama samaran ImLeaking, dia turut mendedahkan beberapa karakter yang akan datang dalam filem itu.

Namun, ada yang meragui maklumat tersebut memandangkan ia sekadar dakwaan individu itu sahaja.

Avengers: Endgame merupakan filem adiwira Amerika Syarikat.

Diarahkan oleh Anthony Russo dan Joe Russo, ia dikatakan bakal menjadi antara filem paling laris pada 2019.

Filem itu dibarisi pelakon hebat seperti Robert Downey Jr., Chris Hemsworth dan Chris Evan.

Avengers: Endgame bakal ditayangkan di Malaysia pada 24 April ini.

Leave a Reply

Theme by Anders Norén