Menari tergedik-gedik, Bella Astillah digelar ‘Minions’

0
396

Rasanya tidak perlu diperjelaskan lagi mengenai tarian ‘Keke Challenge’ yang kini menjadi kegilaan pengguna media sosial di seluruh dunia.

Malah, trend dari Barat yang menggunakan lagu single terbaru nyanyian Drake berjudul In My Feelings ini turut dilakukan anak-anak muda dan selebriti tempatan.

Salah seorangnya iaitu penyanyi Bella Astillah yang turut menyahut cabaran melakukan tarian tersebut bersama adiknya, Didi Astillah sehingga mencecah 1.6 juta penonton di laman Instagram miliknya.

Gaya lincah yang ditunjukkan oleh isteri kepada pelakon Aliff Aziz itu menjadi trending di serata laman media sosial dan menerima pelbagai reaksi netizen.

Menerusi video berdurasi 32 saat itu, rata-rata memuji kecomelan aksi tarian dirinya apatah lagi dengan penampilan yang kelihatan seperti watak-watak dalam filem animasi antarabangsa, Minions!

‘Minion paling comel!’ – Aliff Aziz

Banyak kali tengok!

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here