Cempedak Cheese

Portal berita terbaik anda

Jenayah

Bekas vokalis popular 90-an ditahan miliki syabu

SEORANG bekas vokalis kumpulan muzik terkemuka pada 1990-an ditahan ketika menaiki motosikal di Taman Perling di Johor Bahru malam tadi, kerana memiliki sejumlah dadah.

Sumber berkata, suspek lelaki berusia 41 tahun yang pernah memenangi tempat ketiga pertandingan realiti televisyen empat tahun lalu, ditahan bersama seorang rakannya kira-kira jam 11.30 malam.

Difahamkan, kedua-dua suspek ditahan selepas polis peronda yang melakukan pemeriksaan menemui sejumlah dadah dipercayai syabu dalam pemilikan mereka.

Ujian saringan awal air kencing turut mendapati kedua-dua lelaki itu positif dadah.

Difahamkan, kes disiasat mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 15 (1)(a) akta sama.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Mohd Taib Ahmad, ketika dihubungi mengesahkan penahanan terbabit, namun enggan mengulas lanjut.

Leave a Reply

Theme by Anders Norén