Cempedak Cheese

Portal berita terbaik anda

Viral

Bekas teman wanita hina penjual burger, riak dapat pakwe kerja ‘engineer’

BUKAN semua perkara yang kita rancang dalam hidup ini berakhir seperti apa yang kita inginkan, termasuklah soal hati dan perasaan.

Setiap pasangan yang bercinta sudah tentu mahu hubungan mereka berakhir sehingga ke jinjang pelamin, namun tidak semua mampu ke tahap itu dek kerana pebagai faktor yang menyebabkan ianya putus sekerat jalan.

Itulah kisah yang terjadi kepada seorang pemuda yang hanya dikenali sebagai Khey Amir selepas dirinya ditinggalkan kekasih kerana bekerja sebagai seorang penjual burger.

Menurut Khey, bekas teman wanitanya itu seolah-olah masih ‘mencari pasal’ dan menghina kerjanya sebagai penjual burger walaupun sudah mempunyai teman baharu berstatus jurutera.

Bukan itu sahaja, gadistersebut juga pernah menghina keluarga Khey. Situasi ini nampaknya tak ubah seperti peribahasa ‘bagai melepaskan anjing yang tersepit’.

Setelah dibantu dengan ikhlas bagi memperbaiki hidup, ini pula balasan yang diterima keluarga Khey.

Dedah Khey lagi, bekas teman wanitanya itu pernah juga meminta dibelikan seekor kucing yang harganya mencecah ribuan ringgit! Meskipun mahal, Khey tetap membelikan haiwan comel itu menggunakan wang hasil jualan burgernya.

Bercakap soal pengganti, Khey mengakui segala kejadian ini membuatkan dirinya fobia dan sehingga kini, dia hanya mampu berdoa agar diberikan kekuatan.

Leave a Reply

Theme by Anders Norén