Bekas pengurus jualan didakwa hina Agong

KUALA LUMPUR: Seorang bekas pengurus pemasaran didakwa di Mahkamah Sesyen, di sini, hari ini, atas tuduhan menghina Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V, pada 6 Januari lalu.

Tertuduh, Liew Chee Ling, 46, bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan memohon dibicarakan sebaik pertuduhan terhadapnya dibacakan jurubahasa di hadapan Hakim Edwin Paramjothy Michael Muniandy.

Berdasarkan kertas pertuduhan, Chee Ling didakwa mengeluarkan kenyataan menghina Sultan Muhammad V menerusi laman Facebook miliknya ‘Eric Liew’, di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, di sini, antara jam 7.01 petang hingga 9.23 malam.

Baca: Agong terlalu sibuk berzina, komen Eric Liew naikkan kemarahan rakyat Malaysia

Pendakwaan terhadapnya dibuat mengikut Seksyen 233 (1) (a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum setahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, Muhamad Asyraf Kamal, menawarkan jaminan RM20,000 dengan seorang penjamin terhadap tertuduh kerana membabitkan kes berprofil tinggi.

Bagaimanapun, tertuduh dalam rayuannya menerusi peguam New Sin Yiew, memohon jaminan dikurangkan dengan alasan kes yang sama sebelum ini hanya dikenakan jumlah jaminan ringan.

Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM8,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 26 Mac ini untuk sebutan semula kes.

Pada 8 Januari lalu, Cisco Asean, yang merupakan sebuah syarikat keselamatan swasta memecat seorang pekerjanya yang didakwa menghina institusi diraja di media sosial.

Baca: Hina Agong, Cisco Asean pecat Eric Liew

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here