Bekas pegawai KDN rakam bawah skirt amoi bebas dengan jaminan polis

0
99

KUALA LUMPUR – Bekas pegawai khas kepada timbalan menteri yang didakwa merakam video di bawah skirt seorang wanita menggunakan telefon bimbitnya di sebuah premis di Publika Solaris Duta Mas, Sabtu lalu telah dibebaskan malam tadi.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner R. Munusamy berkata, lelaki berusia 47 tahun itu dibebaskan pada pukul 10 malam.

“Lelaki itu telah dibebaskan dengan jaminan polis” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Lelaki yang merupakan bekas pegawai kepada Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Mohd. Azis Jamman itu ditahan kira-kira pukul 1 petang di sebuah restoran di ibu negara semalam bagi membantu siasatan.

Sabtu lalu, satu la­po­ran polis dibuat mangsa yang bertugas sebagai juruoptik mendakwa suspek tersebut telah melakukan perbuatan itu ketika dia sedang menjalankan pemeriksaan mata terhadap Mohd. Azis.

Perbuatan tersebut dira­kam oleh kamera litar tertutup (CCTV) dan tular di laman sosial.

Mohd. Azis kemudian mengeluarkan satu ke­nyataan di Facebook peribadinya memaklumkan pegawai tersebut telah dipecat serta merta. – UTUSAN ONLINE

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here