Cempedak Cheese

Portal berita terbaik anda

Nahas & Bencana

Bekas Naib Presiden MIC antara empat maut dalam kemalangan

KULAI – Empat lelaki maut termasuk Naib Presiden MIC, Tan Sri S. Balakrishnan selepas kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota Vellfire dinaiki mereka dirempuh sebuah lori kontena yang terbabas di Kilometer 33 Lebuh Raya Utara-Selatan di sini malam tadi.

Ketua operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Kulai, Firdaus Juritah berkata, kemalangan yang turut mencederakan manakala tiga lagi individu itu dipercayai berlaku apabila sebuah lori kontena terbabas memasuki laluan bertentangan sebelum melanggar kenderaan dinaiki mereka.

Menurutnya, seramai lima anggota bersama sebuah jentera dikejarkan ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan mengenai kemalangan terbabit pada pukul 12.08 tengah malam tadi.

“Setiba di lokasi kejadian, kita mendapati ada mangsa yang cedera dan meninggal dunia. Pihak bomba menjalankan usaha mengeluarkan mangsa dari Toyota Vellfire.

“Mangsa yang cedera dihantar ke Hospital Kulai dan mangsa yang meninggal dunia diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan seterusnya,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Tambahnya, tiada sebarang pengenalan diri ditemukan di lokasi kejadian.

Firdaus memberitahu, pemandu lori kontena dan Proton Wira Aeroback tidak mengalami sebarang kecederaan dan operasi ditamatkan pada pukul 1.24 pagi. – K! ONLINE

Leave a Reply

Theme by Anders Norén