Portal berita terbaik anda

Utama

Bekas Mufti Sabah, Tuan Guru Datuk Ismail Abbas kembali ke rahmatullah

Tokoh ulama disegani, Tuan Guru Datuk Ismail Abbas, 90, dilaporkan telah meninggal dunia, hari ini.

Perkara tersebut dimaklumkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri menerusi hantaran Facebook, sebentar tadi.

“Menerima berita pemergian mantan Mufti Sabah, Tuan Guru Datuk Haji Ismail Abbas. Beliau adalah antara tokoh ulama’ di Sabah yang amat disegani dengan latarbelakang pengajian di Mekah dan Madinah lebih 20 tahun.

“Takziah saya ucapkan kepada keluarga Almarhum. Kita doakan semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang-orang yang soleh,” tulisnya.

Arwah merupakan seorang tokoh dan pendakwah Islam yang banyak menabur bakti di negara ini khususnya di negeri Sabah ini dan memegang jawatan sebagai Mufti Sabah pada tahun 1988 hingga 1999.

Loading...

Leave a Reply