Portal berita terbaik anda

Politik

Bekas menteri dedah ‘kehebatan’ Tun M yang tidak ada pada Najib

Bekas menteri penerangan Tan Sri Zainudin Maidin hari ini mendedahkan manifesto pilihan raya BN pada tahun 1999 yang ditulis sendiri Tun Dr Mahahir Mohamad dengan tangannya.

Masih menyimpannya selama 19 tahun, Zainudin berbuat demikian bagi membuktikan Mahathir bukan jenis pemimpin yang bergantung kepada orang bawah semata-mata.

Zainudin berkata, beliau sebagai ketua pengarang Kumpulan Utusan Melayu ketika itu menganggotai Jawatankuasa Manifesto 1999.

Jawatankuasa dianggotai Tun Abdullah Ahmad Badawi ketika itu dianggotai oleh setiausaha agung Umno Tan Sri Mohamed Rahmat, allahyarham Dr Nordin Sopiee daripada Institusi Kajian Strategik Antarabangsa (ISIS) dan Datuk Seri Abdul Kadir Jasin dari Kumpulan NSTP.

“Apabila dikemukakan drafnya kepada presiden Umno Dr Mahathir untuk pengesahannya beberapa hari sebelum pilihan raya,manifesto itu tidak keluar dari biliknya, tidak dikembalikan kepada kami yang menunggu di luar biliknya lebih dari tiga jam.

“Apabila dikembalikan bukanlah manifesto kami tetapi manifesto tulisan tangan 10 muka daripada Dr Mahathir sendiri yang langsung tidak berasaskan kepada draf kami.

“Ertinya manifesto kami yang kami hasilkan menerusi proses perbincangan yang panjang yang memakan masa lebih dari sebulan telah ditolak,” katanya yang lebih dikenali sebagai Zam.

Zainudin mendedahkan perkara setelah Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman. berkongsi ketelitian Mahathir terhadap teks ucapan dan idea yang hendak disampaikan.

Ia dibuat setelah setelah pengguna media sosial mendakwa Mahathir hanya membaca teks – yang mendapat pujian ramai – di Persatuan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) sebelum ini.

Dalam tulisan di blognya, Zainuddin menyifatkan Syed Saddiq pintar dan tajam pandangannya kerana dalam masa singkat berada dengan Mahathir telah dapat membaca dengan tepat perwatakannya.

“Saya memberikan suatu contoh ketepatan Syed Saddiq dalam menyifatkan Mahathir ‘tuan kepada kerjanya sendiri’ yang menjadi pengalaman saya bersama beberapa orang lagi yang tidak mungkin akan dapat dilupakan buat selamanya yang berlaku dalam pilihan raya 1999,” katanya.

Loading...

Leave a Reply