Bayi 3 bulan patah paha dalam jagaan pengasuh

0
1309

SHAH ALAM: Seorang bayi perempuan berusia tiga bulan patah tulang paha kiri disyaki ketika mangsa dalam jagaan pengasuhnya di Pangsapuri Komuter Raya, di Seksyen 19, di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib mengesahkan menerima laporan yang dibuat oleh bapa mangsa pada jam 1 pagi tadi.

“Menurut laporan yang kami terima, bapa mangsa menghantar anaknya ke rumah pengasuh pada 7 pagi semalam sebelum keluar bekerja dan mengambil kembali anaknya pada jam 3.15 petang.

“Bagaimanapun, anaknya tidak berhenti menangis dan berikutan itu, bapa mangsa yang juga seorang pembantu perubatan di Hospital Shah Alam, Selangor (HSAS) membawa anaknya ke hospital untuk pemeriksaan.

“Hasil pemeriksaan sinaran X, pihak hospital mengesahkan bahawa tulang paha kiri bayi berkenaan patah,” katanya ketika ditemui pada sidang media, di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam, di sini, hari ini.

Beliau berkata, polis kini melakukan siasatan lanjut dan akan mendapatkan kenyataan daripada pengasuh yang berusia awal 30-an manakala pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) juga sudah dimaklumkan.

Katanya, pihak hospital juga sedang melakukan siasatan punca tulang paha bayi berkenaan patah.

Kes disiasat mengikut Seksyen 31 (1) (c) Akta Kanak-Kanak 2001.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here