Portal berita terbaik anda

Utama

Bayi 10 bulan tertelan pin tudung ibu

KUALA LUMPUR – Seorang bayi lelaki berusia 10 bulan terpaksa menjalani pembedahan di Hospital Kuala Lumpur (HKL) selepas tertelan kerongsang dipercayai milik ahli keluarganya, Jumaat lalu.

Difahamkan dalam kejadian yang berlaku pada pukul 10 pagi itu, pin kerongsang pada tudung bahagian bahu salah seorang ahli keluarganya ditelan Mohd. Naufal Hakim secara tidak sengaja.

Berikutan itu, ahli keluarga mangsa menghantar bayi tersebut ke hospital berkenaan bagi mene­rima rawatan kecemasan sebelum dia dibedah pada hari sama.

Difahamkan, kanak-kanak tersebut berada dalam keadaan selamat namun masih ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) untuk rawatan susulan.

Punca sebenar bagaimana bayi lelaki itu tertelan kerongsang masih belum diketahui.

Beberapa foto menunjukkan kerongsang yang berjaya dikeluarkan daripada badan bayi itu serta imej sinar X menjadi tular dan mendapat perhatian pelayar laman media sosial.

Loading...

Leave a Reply