Portal berita terbaik anda

Viral

Bawa barang berat, wanita tumpangkan pasangan tua jalan kaki buat ramai sebak

Sebagai seorang anak, pastinya kita merasa sebak apabila melihat pasangan warga emas yang sudah dimamah usia masih lagi mengerah kudrat meneruskan kehidupan.

Sudah tentu fikiran mulai menerawang dan teringat akan ibu bapa kita yang juga sudah tidak secergas dahulu di rumah dan air mata tentunya akan menitis sama.

Menerusi perkongsian di aplikasi Tiktok milik Athirahzaharii, wanita berkenaan telah berkongsi video menumpangkan pasangan suami isteri warga emas yang berjalan kaki di tepi jalan besar menuju ke rumah mereka.

@athirahzahariiHargai laa saat kau masih ada waktu 😭 ##makayah

♬ rindu setengah mati by äd – äd

Dari riak wajah pasangan tersebut, dapat dilihat mereka seakan sudah letih kerana berjalan kaki sambil memikul barangan berat berkemungkinan dari tempat yang agak jauh menuju ke rumah.

Menurut Athirah, pasangan warga emas berkenaan terus menaiki kereta selepas dipelawa kerana sudah penat berjalan. Dia menghantar mereka ke rumah dan sempat berbual mendengar cerita daripada suami isteri itu.

Dia juga memberikan hadiah tuala kepada mereka apabila kebetulan baru membelinya sebelum menumpangkan pasangan itu pulang ke rumah.

@athirahzahariiReply to @aish.md

♬ Allah Allah Aghisna – Nazwa Maulidia

Ketika hendak pulang, dia berasa begitu sedih apabila wanita berusia yang dipanggil ‘mak’ itu datang ke kereta dan berpesan menjenguk mereka di lain waktu kerana berasa sunyi hidup berdua.

@athirahzahariiPart last memang laju je airmata jatuh 😭

♬ Allah Allah Aghisna – Nazwa Maulidia

Perkongsian video yang dibuat Athirah Zahari itu telah meraih lebih dari 1.5 juta tontonan di Tiktok. Rata-rata daripada wargnet telah meninggalkan komen dengan memaklumkan turut berasa sebak melihat pasangan warga emas itu berjalan kaki sambil membawa barangan yang banyak.

Mereka juga mengakui teringat akan ibu bapa masing-masing yang juga sudah dimamah usia dan mahu terus berbakti kepada mereka hingga akhir usia.

Loading...

Leave a Reply