Batal tempahan Grab bakal dikenakan bayaran RM3-RM5

KUALA LUMPUR – Grab Malaysia akan mula mengenakan bayaran kepada pelanggan yang membatalkan tempahan atau lewat sampai ke kereta yang sudah ditempah bermula 25 Mac ini.

Dalam polisi pembatalan penumpang yang dikemas kini, Grab berkata, penumpang yang membatalkan tempahan lima minit selepas mendapatkan pemandu akan dikenakan caj bayaran antara RM3 hingga RM5.

Jumlah sebenar bergantung kepada jenis kenderaan atau perkhidmatan yang ditempah pelanggan.

Untuk perkhidmatan seperti GrabCar, GrabTax (bermeter atau eksekutif) dan JustGrab ke lapangan terbang, pembatalan akan dikenakan caj RM3.

Sementara untuk perkhidmatan GrabCar Premium atau GrabCar Luxe di mana penumpang menempah kenderaan ke lapangan terbang, pembatalan akan dikenakan caj RM5.

Untuk GrabShare penumpang hanya diberi masa tiga minit ke lokasi sebelum pemandu dibolehkan untuk membatalkan tempatan tersebut.- UTUSAN ONLINE

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *