Cempedak Cheese

Portal berita terbaik anda

Viral

Baru nikah 4 bulan, lelaki ini kehilangan dua insan tersayang sekelip mata

Setiap pasangan suami isteri pasti mengimpikan kebahagian untuk hidup bersama hingga ke akhir hayat. Namun, pertemuan dan perpisahan adalah ketentuan Allah dan tiada siapa yang mampu melawan kehendak-Nya.

Menerusi Twitter, seorang lelaki bernama Muhammad Syahir berkongsi kisahnya kehilangan dua orang tersayang sekaligus dalam sekelip mata.

Menurut Muhammad Syahir, isterinya yang ketika itu sedang hamil anak mereka yang pertama pergi buat selama-lamanya akibat kanser darah.

Apa yang menyedihkan, mereka baru sahaja mengecap kebahagiaan sebagai suami isteri sejak empat bulan yang lalu.

“Aturan Allah, Allah sayang. Al-Fatihah. Tenanglah wahai isteriku Nur Shakira Ameera Assakri dan anakku, Muhammad Noah. Satu hari nanti saya mesti jumpa awak. Insyaallah,” tweet Muhammad Syahir pada video kenangan mereka berdua.

Sementara itu, rata-rata netizen memberikan ucapan takziah buat Muhammad Syahir sekeluarga selain mendoakan arwah dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang-orang yang beriman.

Loading...

Leave a Reply

Theme by Anders Norén