Bapa Ustazah Norhafizah Musa meninggal dunia

Dikhabarkan bapa kepada pendakwah terkenal, Ustazah Norhafizah Musa telah kembali ke rahmatullah jam 12 tengah malam tadi akibat sakit tua.

Perkara tersebut dimaklumkan oleh Ustazah Norhafizah sendiri menerusi Instagram miliknya.

“Ayahanda yang kami cintai, Ustaz Tuan Haji Musa Bin Salleh telah kembali ke hadrat Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang lebih kurang jam 12 tengah malam ini.

“Semoga perjalanan ini dipenuhi rahmat, cinta, maghfirah dan seluruh kenikmatan yang abadi,” tulisnya.

Dalam perkongsian tersebut, ustazah juga ada memohon agar mendoakan roh ayahandanya agar beroleh kesejahteraan dan kedudukan tertinggi di sisi Rasullah SAW.

“Makluman juga kepada seluruh saudara mara, anak-anak murid abah dan semua kenalan abah. Mohon iringan ayahanda kami dengan gugusan doa agar insan budiman ini memperoleh kesejahteraan dan kenikmatan dan kedudukan yang tinggi di sisiNYA bersama junjungan Rasulullah SAW.

“Insya Allah kami update untuk makluman semua lokasi pengurusan jenazah dan solat jenazah nanti,” tulisnya.

Loading...
Published
Categorized as Utama

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *