Bapa tembak mati bayi 6 bulan selepas isteri enggan adakan hubungan seks

0
4531

SEORANG lelaki menembak mati bayinya yang baru berusia enam bulan selepas isteri enggan melakukan hubungan seks, menurut polis.

Maycon Salustiano Silva, 25, di bawah pengaruh dadah dan alkohol sebelum menembak anak lelakinya pada awal pagi Rabu lalu.

Sebelum kejadian di kediaman mereka di Luziania di Brazil, pasangan suami isteri itu terlibat dalam satu pertengkaran.

Pistol yang digunakan untuk menembak mangsa

Pihak berkuasa berkata, suspek mengambil pistol yang diletakkan di belakang sofa sebelum isterinya, Jeniffer enggan melakukan hubungan seks dengannya.

Salustiano yang tidak mempunyai rekod jenayah berkata, dia tidak mengingati apa yang berlaku kerana di bawha pengaruh dadah dan alkohol.

Maycon Salustiano Silva bersama isterinya, Jeniffer. Foto Jeniffer Silva/FocusOn News

Bayi yang bernama Michel disahkan meninggal dunia di hospital, kira-kira dua jam selepas insiden.

Pasangan muda itu berkahwin sejak empat tahun lalu dikenali sebagai penyayang dan ideal di media sosial oleh rakan-rakan mereka.

Michel merupakan anak pertama pasangan berkenaan.

Salustiano ditahan dan didakwa kerana membunuh, penyalahgunaan senjata dan melakukan keganasan domestik. – Mirror Online UK

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here