Portal berita terbaik anda

Utama

Bapa Rina Harun meninggal dunia

BAPA kepada Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Mohd Harun, meninggal dunia, hari ini.

Ketua Unit Komunikasi Korporat kementerian itu, Eikmar Rizal Mohd Ripin, memaklumkan bahawa Mohd Haron Mohamad Khairi, 70, meninggal dunia di Hospital Sungai Buloh, jam 3.40 pagi tadi.

“Marilah kita sama-sama sedekahkan Al-Fatihah kepada Allahyarham dan mendoakan semoga roh arwah diampunkan segala dosa, dicucuri rahmat serta diberikan tempat mulia di sisi Allah SWT,” katanya dalam satu kenyataan ringkas.

Beliau berkata, jenazah Allahyarham akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Salak Tinggi.

Jenazah bapa Rina selamat dikebumikan

Jenazah bapa kepada Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, (KPWKM), Datuk Seri Rina Mohd. Harun, Mohd Harun Mohamad Khairi, selamat dikebumikan di tanah perkuburan Islam Kampung Salak Tinggi pukul 11.30 pagi tadi.

Terdahulu, jenazah Allahyarham tiba di kediamannya di Bandar Baru Salak Tinggi dari Hospital Sungai Buloh (HSB) kira-kira pukul 11 pagi tadi.

Turut hadir menziarah majlis pengebumian itu ialah Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan Dan Koperasi (MEDAC), Datuk Mas Ermieyati Samsudin.

Perkara itu dimaklumkan Ketua Unit Komunikasi Korporat KPWKM, Eikmar Rizal Mohd. Ripin.

“Marilah kita sama-sama sedekahkan Al-Fatihah buat arwah ayahanda Menteri KPWKM dan mendoakan semoga roh arwah diampunkan segala dosa, dicucuri rahmat dan ditempatkan di sisi yang mulia di samping Allah SWT,” katanya.-K!ONLINE

Loading...

Leave a Reply