Portal berita terbaik anda

Hiburan

Sempat luangkan masa di hospital bersama, bapa Remy Ishak meninggal dunia

BAPA kepada pelakon terkenal Remy Ishak iaitu Ishak Idris meninggal dunia pada awal pagi, Sabtu.

Remy atau nama sebenarnya Mohammad Zalimei Ishak, 37, berkongsi berita sedih tersebut menerusi laman Instagramnya pada pagi Sabtu.

Pelakon Lelaki Kiriman Tuhan itu turut memuat naik foto bersama Allahyarham di sebuah hospital.

“Ayah saya Ishak Bin Idris menghembuskan nafas yang terakhir pada awal pagi tadi. Al-fatihah untuk ayah saya,” tulisnya.

Bagaimanapun, pelakon filem Pulang itu tidak memberi sebarang maklumat mengenai penyakit yang dialami dan punca Allahyarham bapanya meninggal dunia.

Sementara itu, rata-rata netizen dan rakan selebriti memberi ucapan takziah dan mendoakan agar arwah bapa Remy ditempatkan dalam kalangan orang beriman.

Menerusi laporan mStar pada 27 Jun tahun lalu, Remy mendedahkan hubungan dia dan bapanya semakin rapat semenjak membintangi filem Pulang pada tiga tahun lalu.

Menurut Remy, skrip dan jalan cerita filem itu yang mengisahkan seseorang kehilangan bapa telah membantu memulihkan hubungan dia dan bapanya.

Loading...

Leave a Reply