Cempedak Cheese

Portal berita terbaik anda

Utama

Bapa rayu bantuan RM45,000 rawat anak hidap jantung berlubang

KUANTAN – “Saya sudah buntu dan habis ikhtiar mencari RM45,000 untuk menampung kos pembedahan anak saya yang menghidap penyakit jantung berlubang sejak lahir,” kata nelayan, Rudi Abdul Wahab, 40.

Rudi yang berasal dari Kampung Bakau Tinggi, Chukai, Kemaman berkata, anak bongsunya, Nurul Nasmira Najwa, 11, perlu menjalani pembedahan di Institut Jantung Negara (IJN) Kuala Lumpur secepat mungkin bagi menutup dua lubang pada jantungnya.

Katanya, dia tidak mampu mengumpul wang sebanyak itu kerana berpendapatan kurang RM300 sebulan dan pada masa sama perlu menyara keluarganya yang mana isterinya, Norhayati Ramli, 39, kini dirawat di Hospital Besar Siti Nur Zahirah, Kuala Terengganu kerana buah pinggangnya rosak.

“Saya memang tidak mampu, terpaksa minta ehsan orang ramai, saya datang ke sini (Kuantan) menaiki bas untuk mencari ikhtiar supaya kisah anak saya dapat disiarkan dan diketahui oleh orang ramai bagi mendapat bantuan.

“Untuk makan tengah hari pun tidak tahu macam mana, paling penting sekarang Nurul Nasmira Najwa dapat dibantu supaya dia dapat membesar seperti kanak-kanak lain,” katanya ketika ditemui, di sini hari ini.

Katanya, Nurul Nasmira Najwa sebelum ini pernah menjalani pembedahan di IJN tiga tahun lalu dan satu daripada tiga lubang pada jantungnya berjaya ditutup.

“Sekarang ini perlu tutup dua lagi lubang, kalau saya dapat kumpul RM45,000 sudah tentu pembedahan itu dapat dilakukan dengan segera.

“Tetapi apakan daya, saya tidak mampu lagi mengumpulnya.

“Sebelum ini anak saya itu ada mendapat bantuan berjumlah RM300 daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) tetapi ia sudah dihentikan tanpa sebarang sebab,” katanya.

Sebagai bapa, Rudi berharap supaya Nurul Nasmira Najwa dapat menjalani pembedahan dengan segera dan hidup seperti insan lain.

“Dia hanya bersekolah sehingga tahun dua sahaja kerana saya tidak mampu selain kesihatannya yang tidak mengizinkan, kakaknya, Nurul Natasha Nadia meninggal dunia sebelum Aidilfitri kerana demam panas berpanjangan.

“Kini saya hanya ada Nurul Najwa sahaja, kalau boleh saya mahu dia menerima rawatan dan pembedahan segera untuk menyelamatkannya,” katanya.

Mereka yang ingin menyampaikan sumbangan boleh menghubungi Rudi di talian 018-9011918.

16 Comments

  1. Adlia

    Mohon delete post ni. Pihak ijn dah bagi kenyataan pasal ni. Last appointment dia 2016 yg dia pergi. Lepas tu mmg dia tak pergi langsung.

    • Mungkin ada alasan dia tak dapat pergi

    • raja

      kan ckp x ckup duit klu pergi pon tp x ckup duit nk bayar,,

      • Asrol

        Kenapa perlu delete… Mungkin Keluarga ni x mampu utk pergi ke ijn… Mana yg patut kita tolong… Ketua kampung or kawasan g siasat & bantu penduduk setempat.

    • Amir Ben Yusoff

      Saya ingin berkongsi pengalaman saya sendiri menghadapi situasi macam ni. Anak saya dah 2 kali jalani prosedur di IJN. Pada mulanya masa dapat tahu yg anak sakit, memang kelam kabut. Sampai terfikir nak kna masuk surat khabar untuk rayu bantuan orang ramai.Tetapi sebenarnya Kementerian Kesihatan Malaysia(KKM) ada menyediakan kaunter khas iaitu Unit Taksiran yg terdapat dia aras G . Bagi yang tidak berkemampuan, pihak KKM ni akan bantu untuk sebaik mungkin. Jumlah yang biasanya ditanggung oleh keluarga atau waris, tidaklah sampai ke angka tersebut. Terima Kasih IJN. Terima Kasih KKM.

      • Norfaizal

        Memanglah cover duit operation. Duit makan dan tempat tinggal orang yg menunggu/bapa macam mana? Transport. Ada cover ke? Pendapatan rm300 kalau berkerja. Kalau pergi ijn, tak kerja. Duit saraan nak dapat mana

    • Asrol

      Kenapa perlu delete… Mungkin Keluarga ni x mampu utk pergi ke ijn… Mana yg patut kita tolong… Ketua kampung or kawasan g siasat & bantu penduduk setempat.

      • Na

        Nk prgi IJN pun xde duit, mcmana nk dptkn rawatan? Nk mnta bantuan, x tau macamana, saluran mana.
        Takkan la nk delete. Sepatutnya tanya khabar dulu mcmana keadaan skrg.

    • Bahari

      Assalamualaikum..

      Ada no akaun Tak….

      • Biby Majid

        Premaisuri Terengganu yang ke____terkaya di dunia. Mohon sikit bantuan dengan baginda mesti dpt kot tengok rakyat nya menderita.
        Alangkah sedih nya bantuan kebaikan sebnayak 300 pun di hentikan tanpa alasan….

    • Adili

      Kenyataan apa? Tak dtg follow up? Sebab tak dtg follow up jadi tak boleh tolong la ye? Please la share source ke ape..asyik nak jadi cybercop je..

    • Jessy Foo

      Ye ker…

  2. Ww

    ni scam tuan. Dah confirm scam. dulupun dia pernah buat kat utusan. delete la tuan

  3. hnz

    Lets pray semoga anak itu dapat kejayaan hidup di dunia dan akhirat

Leave a Reply

Theme by Anders Norén