Portal berita terbaik anda

Viral

‘Abah saya buta, tapi dia travel satu Malaysia untuk ajar Al-Quran’ – PU Amin

Siapa tidak kenal dengan pendakwah bebas yang juga selebriti, PU Amin yang lantang menegur golongan LGBT di media sosial sehingga menerima kecaman dari golongan terbabit. Malah IGnya turut menerima laporan sehingga pernah disekat beberapa kali.

Walaupun aktif di media sosial, PU Amin atau nama sebenarnya Mohamad Amirul Amin Maula Lokman Hakim jarang berkongsi hal mengenai keluarganya.

Namun, beberapa jam lalu, beliau telah memuat naik sekeping gambar bersama bapanya tersayang di IG dengan kapsyen yang cukup menyentuh hati.

 

View this post on Instagram

 

Abah saya . Mohd Noor . Seorang yang cacat penglihatan . Dia buta tapi hatinya celik . Tak penat penat pergi travel ke pahang ke seluruh Malaysia untuk ajar Al Quran pada orang orang buta . Dahulu dia menabur bakti menterjemah dan mengajar Al Quran di Brunei Darussalam . Matanya buta tapi boleh membaca Al Quran . Boleh Hafal Al Quran . Banyak buku braile dia buat untuk orang buta baca.. . Kini walau diri makin dimamah usia , masih tak letih untuk ajar Al Quran pada orang orang buta . Abah saya buta dari kecil . Sebab itu saya sensitif tengok orang buta kutip derma , jual tisu , nyanyi lagi tepi jalan . Apatah lagi kalau ada jenis menganjing OKU , masuk slumber toilet OKU . Jadi saya , Cepat tersentuh.. . Abah saya suka travel sendiri . Dia sorang sorang naik komuter , naik bas untuk dakwah . Bayangkan dengan tongkat si buta sebagai peneman , dakwah tetap berjalan . Tatkala dihina dikecam diri saya sebelum ini , mata yang tak dapat melihat itu , menitiskan air mata . Pesan nya “Lumrah Dakwah” ada pedih sedikit.. . Tapi Alhamdulillah ada mama yang kuat , adik beradik yang membantu . Semoga Abah dapat melihat kami satu keluarga di Akhirat kelak .

A post shared by PU Amin (@pencetusummah_amin) on

Abah saya, Mohd Noor seorang yang cacat penglihatan. Dia buta tapi hatinya celik. Tak penat-penat pergi travel ke seluruh Malaysia untuk ajar Al-Quran pada orang-orang buta. Dulu, dia menabur bakti menterjemah & mengajar Al-Quran di Brunei. Matanya buta tetapi boleh baca & hafal Al-Quran. Banyak buku braile dia buat untuk orang-orang buta.

Kini, walau dirinya makin dimamah usia, masih tak letih untuk ajar Al-Quran pada orang-orang buta. Abah saya buta dari kecil , sebab tu saya sensitif tengok orang buta kutip derma, jual tisu, nyanyi tepi jalan.

Apa lagi kalau ada yang jenis menganjing OKU, masuk tandas OKU dengan slumber. Abah jenis suka travel sendiri. Dia sorang-sorang naik komuter & bas untuk dakwah.

Bayangkan dengan tongkat si buta sebagai peneman, dakwah tetap berjalan. Tatkala dikecam dihina diri saya sebelum ini, mata yang tak dapat melihat itu menitiskan air mata. Pesannya “lumrah dakwah” ada pedih sedikit. Alhamdulillah ada mama yang kuat & adik beradik yang membantu. Moga abah dapat melihat kami sekeluarga di akhirat kelak.

Berikutan itu, ruangan komen IG pendakwah berusia 28 tahun itu dibanjiri dengan mesej-mesej daripada para pengikutnya.

Ayah hebat, patutlah anak pun hebat!

Malunya, kita yang sempurna ni pun tak sekuat ayah ustaz

Menitis air mata saya baca caption ustaz

MasyaAllah, inspirasi!

Moga Allah kurniakan syurga buat abah

Semoga sentiasa dalam rahmat Allah buat ustaz sekeluarga

Sumber: IG PU Amin

Loading...

Leave a Reply