Bapa mertua Ustaz Dusuki meninggal dunia

MACHANG – Bapa mertua penceramah terkenal, Ustaz Ahmad Dusuki Abd Rani menghembuskan nafas yang terakhir pada jam 1.12 petang tadi.

Terdahulu, arwah dikejarkan ke Hospital Machang pada pagi tadi akibat keuzuran pada usia mencecah 90 tahun.

Perkara tersebut dikongsikan Ahmad Dusuki pada laman Facebooknya.

“Saat itu tiba jua, Allah lebih menyayangi Ayahanda Ustaz Md Azhari, perjalanan sebentar sahaja, pagi tadi berkejaran ke Hospital Machang, jam 1.12 petang sekejap tadi menghembuskan nafas nafas terakhir di alam ini dengan kalimah syahadah di bibirnya.

“Moga amalan arwah ayah yang sentiasa mendampingi Al Quran ini, hampir setiap bulan pasti di khatamkan 3 kali sebulan Al Quran menjadi penemannya di alam barzakh sana,” kongsinya.

Tambah Ahmad Dusuki, jenazah mertuanya, Ustaz Md Azhari Abd Rahman,akan dikebumikan selepas solat Isyak, malam ini dan solat jenazah akan diadakan di Masjid Al Azhari, Maahad Tahfiz Al Azhari Kampung Pangkal Chuit, dekat sini.

Loading...
Published
Categorized as Utama

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *