Portal berita terbaik anda

Viral

Bapa meninggal akibat Covid-19, enam beradik ini perlu bantuan

Bismillahirrahmanirrahim dan Assalamualaikum…

Maafkan pena bisu ini yang sering menulis hari demi hari. Ada waktunya aku tak bisa memendam rasa, menjeruk hati, menangis sendiri.

Aku mulakan petang Jumaat penghulu segala hari yang mulia ini dengan selawat dan salam kepada junjungan besar Rasulullah SAW. Berikan kami syafaat wahai kekasih Allah di Padang Mahsyar nanti..

Tolong bantu dia. Tolong pandang wajah anak-anaknya

Hari ini aku beroleh kekuatan utk berkongsi kisah duka ini. Hampir 2 hari aku mencari kekuatan dari lubuk hati yang paling dalam.

Hampir aku tewas dengan emosi saat aku menulis kisah ini dari hati ke hati. Sukar untuk aku bayangkan perasaan yang lahir dari hati kami ini.

Menggigil seluruh tubuh bila mana terpandang wajah anak-anaknya yang masih kecil itu. Aku terus mendakap Al Quran.

Ya Allah bantu kami ya Allah.

Kami balu seorang pejuang Covid-19 yang penuh dosa. Malam tadi bacaan Yasin ku penuh dengan linangan air mata. Sembuhkan semua pejuang Covid-19.

Mak angkatku Junidah Othman yang masih lagi dalam wad ICU. Yang telah pergi sebagai syahid tempatkan mereka di syurgaMU, ya Rahman ya Rahim.

Kisah kami hampir sama

Kisah dia dan aku hampir sama. Dia berusia 33 tahun manakala aku 34 tahun. Hanya beza setahun.

Arwah suamiku menyahut seruan Ilahi pada usia 36 tahun manakala arwah suaminya pada usia 34 tahun. Suaminya korban ke-2, suamiku korban ke-24 dalam bulan yang sama.

Saat aku berada di dalam wad. Hari pertama di dalam wad HKL aku memang merasa kan sangat derita. Luluh, remuk, berkecai hati macam orang yang akan menerima hukuman gantung

Sudahlah suami pergi tinggalkan aku baru 4 hari, ayah pula masih di wad Hospital Permai, JB. Kini aku diuji lagi dengan disahkan positif Covid-19.

Di mana aku ingin berpaut mencari kekuatan. Lebih-lebih lagi keluarga jauh di Johor.. ..mmg mudah utk kalian ungkapkan perkataan redha dan sabar.. tetapi utk menerima nya adalah sgt sukar utk aku.. perpisahan yg terjadi di saat aku tidak bersedia utk lalui semua itu seorang diri..hari pertama di wad aku hanya membayangkan MATI…😭 letak kan tempat kalian di tempat kami…

Tetapi… hati aku di robek pilu.. bila mana seorang wanita menghantar kan messenger di fb n call aku di dlm wad setelah luahan pertama ku bertajuk salam kemaafan tular di media sosial (fb) sebanyak 40ribu org like… n share..itulah luahan pertama ku di fb sbgai pejuang covid19

Aku memohon sahabat fb ku memberikan aku kekuatan.. kecekalan.dan ketabahan .dgn rembesan air mata aku menaip setiap baris kata.. biarpun aku tahu ada yg mengecam.. tetapi itulah shj terapi minda utk memberikan hatiku sedikit kelegaan.ini shj cara aku utk mengelakkan depression….

Terima kasih rakyat Malaysia… kerana doa kalian aku terus Bangkit dan kuat smgt!!!!! kerana Allah maha pengasih dan penyayang… memberi kan izin dan sinar utk aku menulis di saat hati tidak siapa pun mengerti…

Allah hantarkan seseorang bernama Dila

Aturan Allah dan kasih sayang Allah terlalu banyak di saat hati ini sangat rapuh. Lebih-lebih lagi dalam eddah. Tidak tahu tangan-tangan ajaib mana yang mendoakan sehingga malaikat angkat segala doa-doa kalian. Terima kasih semua.

Seseorang yang aku kenali sebagai Dila mengatakan…

“Akak sangat kuat. Saya follow FB akak. Saya dapat semangat daripada penulisan akak. Saya pun seperti akak. Saya balu kepada mangsa ke-2 korban Covid-19 tetapi saya tida kekuatan untuk menulis seperti akak. Akak sangat tabah. Saya pinjam semangat akak. Kalau akak menangis saya pun menangis. Beza akak dengan saya, saya ada 6 orang anak yang masih kecil. Saya berdoa berikan saya semangat macam akak. Saya panda anak-anak saya hati saya tak kuat kak…”

Allah… Allah..Allah..Allahuakbar.. .aku mendongak ke langit di wad HKL. . aku kesat air mata yg turun laju..ketika aku yg sangat merasa kan derita tetapi Allah hadirkan seorang wanita.. ibu.. isteri solehah ini yg lbh derita… di saat aku kata kan aku yg plg sedih… malah wanita ini… ibu hebat ini lebih sedih tidak terkata.tidak terucap..ya Allah… dia lebih parah ya Allah…dia patut di bantu ya Allah..

Lalu aku skroll FBnya. Allahuakbar… Subahanallah. Comel anak-anaknya. Dia juga senasib denganku. Ya Allah maafkan aku kerana menangis. Maafkan aku kerana merasakan ujian ini sangat hebat. Tetapi ya Allah sebenarnya wanita ini lagi hebat… tingginya darjat beliau yang Kau angkat wanita solehah ini. Anak-anak juga disahkan positif Covis-19 dan suaminya masuk ke ICU Hospital JB pada 13.3. 2020 dan meninggal dunia pada 17.3.2020 (sebelum PKP lagi)

Wahai rakyat Johor, akyat Malaysia, NGO, persatuan-persatuan kebajikan, individual yang luhur budi.

Tolong bantu dia. Tolong pandang wajah anak-anaknya. Tolong saya kawan kawan. Berikan sinar pada anak-anak yatim ini. Saya merayu mohon cebisan kasih sayang kalian semua untuk bantu ibu muda ini.

Ibu dan anak tetap tabah walau dihina masyarakat

Ketika dunia menyalahkan kluster tabligh, ibu ini tetap sabar, redha dan berserah kepada Allah. Beigut hebat pergantungannya pada Allah. Ya Allah aku tidak sehebat dia. Aku bangkit kerana dia. Dila, awak sangat hebat. Ujian ini untuk wanita solehah sehebat awak. Akak kagum dengan awak. I’m proud of you, dear.

Teruska berjuang untuk anak-anak. Akak janji tak menangis lagi kerana tangisan awak lebih hiba.

Anak-anak yang masih kecil perlukan pendidikan, kasih sayang kita wahai rakyat Malaysia. Tolong bantu ibu solehah ini.

Anak No 1 = 11 tahun
Anak No 2 = 10 tahun
Anak No 3 = 7 tahun
Anak No 4 = 5 tahun
Anak No 5 = 3 tahun
Anak No 6 = 8 bulan

Hulurkan sedikit sumbangan buat keluarga ini

Mari kita hulurkan sedikit sumbangan kepada mangsa covid ini…. mohon kita buka hati kita utk bantu yg mana kita mampu..tidak byk pun tak mengapa asalkan kita sudi membantu dengan ikhlas .. dia seperti saya… tetapi dia ada Permata Permata hati utk di besarkan seramai 6 org…. lihatlah wajah ank ank syurga nya yg dambakan kasih syg seorang bapa… bapa mereka seorang pendakwah Islam….mengaji setiap hari… menyebarkan dakwah dan syariat Islam..Allahyarham menyambung kerja kerja nabi kita baginda Rasulullah saw…..tolong jgn kecam kluster tabligh lagi.. hentikan wahai rakyat Malaysia…

Salurkan sumbangan anda kepada :
Noradilah binti Rani
Johor Bahru
01041027184812
Bank Islam

Terima kasih🙏🙏🙏🙏🙏🙏🙏🙏

Panjang kan nota bisu ini utk menjadi saham akhirat kita di sana nanti… moga moga kita semua di lindungi… tangan yg menghulur lebih baik drpada tgn yg menerima… mari kita bantu sesama muslim… yg bukan Islam juga boleh memghulurkan bantuan…. Tolong saya kawan kawan😭😭😭😭😭😭😭

Salam takziah kepada semua ahli keluarga MUHAMMAD YUSUF HARON, mangsa korban ke 2 Covid-19 dari Johor yang telah meninggal dunia pada 17 Mac 2020. Semoga tabah dan redha atas ketentuanNya..

Jenazah telah selamat dikebumikan di Jalan Surau Bakar Batu, Johor Bahru.

اِنّا لِلّهِ وَاِنّا اِلَيْهِ رَجِعُوْنَ…

Ya Allah Ya Tuhanku, Ampunilah Dia, Maafkanlah Dia, Kasihanilah Dia, Lapangkanlah Kuburnya, Jadikanlah Kuburnya Seperti Sebahagian Dari Taman-Taman Syurga, Berikanlah kekuatan Dan Ketabahan Kepada Ahli Keluarganya.

Al-Fatihah…

بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم
ٱلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلْعَـلَمِين۞ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم۞
مَـلِكِ يَوْمِ ٱلدِّين۞إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ۞ ٱهْدِنَا ٱلصِّرَطَ ٱلْمُسْتَقِيمَ۞صِرَطَ ٱلَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ۞ غَيْرِ ٱلْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ ٱلضَّاۤلِّينَ۞

آمــــــــــــــــــينَُ يَا رَبَّ الْعَالَمِيْن…

Semoga almarhum ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman dan semoga rohnya dicucuri rahmat..

آمــــــــــــــــــينَُ يَا رَبَّ الْعَالَمِيْن…

Diary Pejuang covid19

#pejuangcovid19
Hulurkan sedikit kasih syg dan doa utk wanita solehah ini…

Al fatihah

Aiza
Pesakit Covid-19
0137572177

Loading...

1 Comment

  1. mel

    alhamdulillah saya dah jlnkan tanggungjawab saya…

Leave a Reply to Cancel reply