Cempedak Cheese

Portal berita terbaik anda

Utama

Bantuan zakat dan JKM dihentikan, wanita terlantar rayu bantuan

ALOR SETAR – Seorang wanita dari Taman Derga Jaya di sini, terpaksa menanggung derita selepas terbabit kemalangan yang menyebabkannya terlantar sejak lapan tahun lalu.

Kemalangan yang berlaku ketika dia berusia 14 tahun mengubah kehidupan Nuratiqah Mohamad Shafri, 25, yang memerlukan perhatian seperti seorang bayi daripada ibunya, Muna Jamaludin, 42.

Menurut Muna, anaknya dulu seorang yang aktif di sekolah, namun mengalami kecederaan di kepala akibat kemalangan yang berlaku pada November 2006 sebelum segalanya berubah.

“Selepas kemalangan, doktor sahkan Nuratiqah ada masalah saraf menyebabkan matanya juling selain turut hilang ingatan. Dia kemudian dirujuk kepada pakar psikiatri kerana ada orang mengatanya gila, tetapi sebagai ibu saya tetap sabar.

“Keadaan kesihatan anak saya semakin merosot sehinggalah dia tidak lagi mampu berjalan sejak lapan tahun lalu dan terpaksa dimandikan seperti bayi,” katanya ketika ditemui di sini, hari ini.

Bercerita lanjut, ibu kepada tiga anak ini berkata, sejak terlantar Nuratiqah hanya diberi minum susu khas yang agak tinggi harganya kerana disaran doktor yang merawatnya.

Katanya, setiap bulan dia perlu membelanjakan RM700 untuk membeli susu dan RM200 untuk membeli lampin pakai buang.

“Nuratiqah minum susu melalui tiub di hidung, sebelum ini saya ada terima bantuan Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) sebanyak RM600 sebulan, namun ia dihentikan sejak Oktober tahun lalu.

“Bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebanyak RM350 sebulan juga dihentikan bulan lalu, menyebabkan kami terpaksa bergantung penuh kepada pencen arwah suami sebanyak RM900 sebulan.

“Dengan wang itu juga saya besarkan dua lagi anak saya dan membayar sewa rumah,” katanya yang bekerja sebagai pembantu am dengan pendapatan kira-kura RM1,000 sebulan.

Jelasnya, beliau hanya berharap sekiranya ada pihak sudi menyumbang susu khas Nuratiqah yang berharga RM68 setin kerana anaknya itu memerlukan 10 tin setiap bulan.

Orang ramai yang ingin membantu boleh menghubungi Muna di talian 018-2763513 atau menerusi nombor akaun BSN 0212241000080872 (Nuratiqah Mohamad Shafri)

Loading...

2 Comments

  1. Mohamad

    Boleh tahu, punca kemalangannya bagaimana ya?

  2. Shafie Mohd Nor

    Assalamalaikum.. atas alasan apa semua bantuan ini dihentikan.

Leave a Reply

Theme by Anders Norén