Cempedak Cheese

Portal berita terbaik anda

Politik

Bantuan RM100 BSH mampu tarik 60 peratus pengundi muda di PRK Semenyih

PRESTASI cemerlang kerajaan PKR di Selangor serta bantuan RM100 melalui pemberian Bantuan Sara Hidup (BSH) kepada golongan bujang, dianggap sebagai punca sokongan 60 peratus pengundi muda di PRK Semenyih kepada Kerajaan Pakatan Harapan (PH).

Pengarah Pilihan Raya Pemuda PH, Muhammad Hilman Idham berkata, Pusat Panggilan di bawah kelolaan Bilik Gerakan Utama (BGU) Pemuda PH mendapati sebanyak 60 peratus daripada 13,000 golongan terbabit bersedia memberi undi kepada PH.

Ini menunjukkan bahawa Pakatan Harapan kekal mendominasi sokongan golongan muda pada PRK Semenyih serta kesinambungan di PRK Cameron Highlands sebelum ini.

“Sementara beberapa hari lagi sebelum tempoh berkempen tamat, kita menerima respon yang amat positif daripada generasi muda khususnya melalui Pusat Panggilan yang ditubuhkan dengan fokus untuk berinteraksi dengan pengundi muda.

“Kini fokus kita adalah untuk meraih sokongan daripada lebih 25 peratus pengundi muda yang masih lagi belum membuat keputusan,” katanya seperti yang dilaporkan oleh portal SelangorKini.

Menurut Hilman, kepimpinan Kerajaan Negeri yang peduli rakyat juga dianggap mampu meraih dukungan kumpulan ini selain dari kepimpinan matang serta efisyen dari pemimpin pusat.

Pada PRK Semenyih, PH mempertaruhkan anak muda yang juga anak jati Semenyih, Muhamad Aiman Zainali sebagai calon bagi meneruskan penguasaan mereka selepas menang besar di PRU14 lalu.

Leave a Reply

Theme by Anders Norén