Cempedak Cheese

Portal berita terbaik anda

Utama

Banjir: Pusat pemindahan mula dibuka di Terengganu

KUALA TERENGGANU – Seramai 36 penduduk daripada 11 buah keluarga dipindahkan akibat banjir di Dungun pagi ini.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Dungun, Ramlan Ros Wahid berkata, semua mangsa kini ditempatkan di Dewan Sivik Seberang Pintasan sebaik sahaja bilik gerakan bencana banjir daerah itu dibuka pukul 10 pagi tadi.

Sementara itu, Jabatan Meteorologi Malaysia meramalkan hujan lebat berterusan di seluruh daerah di negeri ini pada hari ini.

Keadaan itu dijangka boleh berlanjutan hingga ke malam. – UTUSAN ONLINE

Leave a Reply

Theme by Anders Norén