Bangkai kura-kura ditemui dalam kemaluan wanita

0
1662

POLIS di Tenerife, Sepanyol menyiasat satu kes serangan seksual selepas seekor kura-kura ditemui di dalam kemaluan seorang wanita warga Britain yang mendapatkan rawatan di hospital, lapor media tempatan.

Mail Online melaporkan, wanita berusia 26 tahun itu mendapatkan rawatan di hospital selepas mengadu sakit di bahagian bawah perut sebelum doktor terkejut menemui bangkai seekor kura-kura di dalam kemaluannya.

ABC melaporkan, wanita itu memberitahu polis, perutnya mula sakit selepas berparti dengan rakan-rakannya beberapa hari lalu.

Wanita itu hanya pergi ke hospital kelmarin tetapi dia tidak memberitahu doktor dan polis bagaimana reptilia berkenaan boleh berada di dalam kemaluannya.

Kata laporan itu lagi, wanita itu mengalami jangkitan kuman yang serius daripada kura-kura yang berada di dalam kemaluannya.

Tidak diketahui sama ada kura-kura itu masih hidup atau sudah mati sebelum dimasukkan ke dalam kemaluan wanita berkenaan.

Pakar haiwan memberitahu, haiwan yang dikeluarkan dari kemaluan wanita itu adalah kura-kura kecil yang selalu dijadikan haiwan kesayangan.

Sumber polis di Tenerife mengesahkan kejadian itu dan pegawai penyiasat sudah menyoal-siasat wanita berkenaan.

“Insiden ini benar berlaku dan laporan itu juga adalah benar. Wanita itu tidak tahu bagaimana haiwan itu boleh berada di dalam kemaluannya dan begitu juga kami,” katanya.

Polis dilaporkan menyiasat kes itu sebagai satu serangan seksual dan sedang mencari rakan-rakan mangsa yang sama berparti dengannya sebelum kejadian berkenaan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here