Portal berita terbaik anda

Utama

Bangga menipu polis untuk lepas roadblock PKP

Baru-baru ini, kerajaan telah mengetatkan hukuman kepada mereka yang didapati melanggar arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dengan menaikkan jumlah denda melebihi RM1,000 atau penjara tidak melebihi dua tahun.

Namun, masih ada segelintir individu yang sengaja mengingkari arahan pihak berkuasa.

Malah, ada yang sanggup menipu termasuk menyalahgunakan pas petugas kesihatan bagi meloloskan diri daripada sekatan jalan raya.

Perkara tersebut mendapat perhatian polis Dungun dan mereka memuat naik satu posting di Facebook menggesa orang awam agar tidak menyalahgunakan kelonggaran yang diberikan kepada mereka.

“Admin betul-betul terkesan dengan 2 posting ini setelah diberi kelonggaran dan telah disalahguna, moga Allah sahaja membuka hati kedua-duanya supaya lebih sensitif berkenaan wabak Covid_19,” tulis posting tersebut.

Sehubungan itu, IPD Dungun akan memperketatkan pemeriksaan dan mengambil tindakan lebih tegas terhadap mereka didapati melanggar arahan PKP.

“IPD Dungun Khususnya akan lebih memperketatkan lagi pemeriksaan supaya kejadian seperti ini tidak berlaku di Daerah Dungun, dan diingatkan sekiranya alasan-alasan yang diberikan diragui dan tidak munasabah pihak kami akan mengambil tindakan dengan lebih tegas,” tulis posting tersebut,” tulisnya.

Loading...

1 Comment

  1. Kamar

    Entah apa nak dikatakan kpd org spt ini, nak kata bodoh tp cerdik. Inilah sifat manusia yg tidak ada akal dan perasaan. Mereka tidak mahu berfikir baik buruk apa yg di buat. Mereka jg tidak fikir bagaimana perasaan anggota yg bertugas. Mereka itu jg manusia, ada perasaan, ada keluarga tp demi utk menjaga ‘nyawa’ org lain mereka ‘berkorban’ sanggup meninggalkan keluarga, berpanas, berhujan dsbnya. Cuba anda berada di tempat mereka ini. Rasanya xsampai 2 jam dah lari. Andai kata mereka (PDRM) bertindak ‘tegas’ mcm2 yg di hambur kpd mereka. Org beginilah yg menyusahkan ramai org. Kpd PDRM tolong cari org ini dan bawa ke muka pengadilan dan kpd wartawan tolong jgn “blur”kan wajah meteka ini. Tkasih

Leave a Reply