Portal berita terbaik anda

Viral

Bangang punya doktor, aku minta ubat tahan sakit bukan ubat demam!

HANTARAN Facebook wanita ini telah mengundang gelak ketawa netizen. Mana tidaknya, wanita itu mendakwa ubat ‘Paracetamol’ hanya untuk mengubati demam sahaja sedangkan ia juga merupakan ubat penahan sakit walaupun kesannya tidak sekuat ubat penahan sakit yang lain.

“Apa ke bangang doktor nie? Aku minta ubat tahan sakit belakang bukan ubat demam! Belajar tinggi-tinggi tapi bangang!” katanya

Hantaran itu kemudiannya mendapat perhatian seorang netizen, Aiirie yang bersoal jawab sehingga beliau memberikan penjelasan tentang fungsi Paracetamol sebelum hantaran itu dipadamkan.

Gambar yang dimuat naik oleh Aiirie Azmi itu telah mendapat 1,637 perkongsian di Facebook. Rata-rata netizen menzahirkan rasa kesalnya mereka terhadap individu berkenaan yang buta teknologi dan menyalahgunakan media sosial sebagai tempat mengutuk doktor.

“Jangan ikutkan hati, malu bertanya sesat jalan. Sepatutnya awak berbincang atau bertanya secara bersemuka semasa menerima ubat tersebut. Jangan mudah membangangkan orang lain. Sebab itulah dia doktor dan awak hanyalah pesakit yang menunggu simpati dari Facebook.

“Dia belajar tinggi-tinggi, awak yang cari dia, jumpa dia dan kecam dia. Inilah susah kalau ilmu tak dicari tetapi nafsu yang membuak-buak,” kata Aiirie.

Dalam respon terakhir individu itu dengan Aiire sebelum diblock dan status itu dibuang, katanya pernah makan ubat yang sama namun tiada sebarang perubahan.

“Dia ada balas sebelum block dan delete. Dia tanya, sebelum ini dia ada makan ubat itu tetapi kenapa tak hilang sakit. Saya balas, bukankah itu ubat demam? Kenapa makan kalau tak demam?,” katanya menyebabkan individu berang dan memutuskan persahabatan mereka serta merta.

Loading...

Leave a Reply