Portal berita terbaik anda

Utama

Balu kepada MB Perak ke-7, meninggal dunia

Ipoh: Balu kepada Menteri Besar Perak Ke-7, Datin Seri Mariah Mahmud dilaporkan meninggal dunia malam tadi.

Perkara berkenaan dimaklumkan melalui kenyataan oleh Ahli Dewan Negara Perak, Datuk Seri Mohd Annuar Zaini.

Menurut kenyataan itu, Allahyarhamah kembali ke Rahmatullah di kediamannya yang berhadapan Sekolah Raja Perempuan Takyah, Jalan Raja Di Hilir Ipoh, jam 7.40 malam.

Cucu Allahyarhamah, Wan Mohamad Afiq Wan Aris memaklumkan jenazah akan dikebumikan di kawasan Perkuburan Islam Meru Raya pada 11 pagi hari ini.

Untuk rekod, Datuk Seri Wan Mohamed Wan Teh menjadi Menteri Besar Perak yang ke-7 pada 1 Oktober 1977 hingga 1 Mac 1983 dan meninggal dunia pada 25 Ogos 1993 ketika berusia 64 tahun kerana kanser paru-paru di rumahnya di Grik, Perak.

Loading...

Leave a Reply