Portal berita terbaik anda

Utama

Balu Allahyarham Ahmad Mahmud meninggal dunia

KUALA LUMPUR – Balu seniman legenda, Allahyarham Datuk Ahmad Mahmud iaitu Datin Khatijah Mohamed, meninggal dunia di kediamannya di Kampung Tunku, Petaling Jaya, semalam, akibat sakit tua.

Cucu Allahyarham Khatijah, Alita Aris, berkata neneknya yang berusia 95 tahun, menghembuskan nafas terakhir di sisi keluarga pada jam 7 45 pagi.

“Sejak arwah datuk meninggal dunia pada 2008, keadaan kesihatan nenek semakin merosot.

“Arwah terlantar di katil sejak kira-kira dua tahun lalu. Kalau hendak bergerak ke mana-mana, nenek perlu dipapah.

“Bagaimanapun, ketika itu, arwah masih boleh berbual dengan anggota keluarga lain. Cuma daya ingatannya sedikit terjejas.

“Keadaan kesihatan arwah semakin merosot sejak Jumaat lalu dan mula mendiamkan diri.

“Arwah menghembuskan nafas terakhir di rumah dengan ditemani anak-anak,” katanya kepada BH Online.

Berkongsi berita duka itu di Facebook (FB), Alita memaklumkan jenazah arwah nenek selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara, di sini, sebelum Zohor.

Allahyarham meninggalkan tiga anak, sembilan cucu dan 11 cicit.

Loading...

Leave a Reply