Cempedak Cheese

Portal berita terbaik anda

Utama

Bakal pengantin ditemui, tetapi…

KEHILANGAN gadis yang bakal melangsungkan perkahwinan dekat Segamat, Jumaat ini, terjawab apabila dia ditemui selamat oleh ahli keluarganya, semalam.

Gadis terbabit, Nurazura Mahmod, 25, dilaporkan hilang dari rumahnya di Felda Pemanis, Rabu lalu, hingga mencetuskan panik berikutan kelengkapan dan persiapan perkahwinannya sudah diatur.

Kakak gadis terbabit, Zalizah Mahmod, 41, berkata, Nurazura menghubungi telefon bimbitnya selain menghantar mesej melalui WhatsApp memaklumkan berada di sekitar Jalan Genuang di Segamat, kira-kira 9 malam kelmarin.

“Adik juga memberitahu supaya saya jangan bimbang keselamatan dirinya selain turut bertanyakan tahap kesihatan bapa, Mahmod Shahri, 60-an.

“Bapa ketika itu sedang tidur lena kerana risaukan kehilangan adik sejak empat hari lalu,” katanya ketika ditemui di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Segamat.

Zalizah menunjukkan mesej WhatsApp diterima daripada adiknya

Menurutnya, Nurazura tidak mahu ditemui pada malam itu atau pulang ke rumah kerana bimbang dimarahi.

“Adik bagaimanapun bersetuju untuk berjumpa di sebuah rumah tumpangan di sekitar Jalan Genuang, kira-kira 10 pagi semalam.

“Sebaik menerima kiriman mesej lokasi rumah tumpangan itu, saya segera memaklumkannya kepada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Segamat.

“Saya kemudian menerima panggilan dari polis memaklumkan adik saya itu sudah ditemui dalam keadaan selamat,” katanya.

Menurutnya, mereka sekeluarga masih belum pasti untuk meneruskan majlis pernikahan adiknya itu.

Nurazura dijadualkan dinikahkan bersama pasangannya, Ruzainizan Paiman, 27, Jumaat ini sementara kenduri diadakan keesokan harinya.

Zalizah berkata, mereka memberikan adiknya itu sedikit masa untuk meluahkan hal sebenarnya sebelum memutuskan sama ada majlis pernikahan dan kenduri itu akan diteruskan.

“Kami turut berterima kasih kepada pihak Harian Metro yang melaporkan kehilangan adik hingga dia berjaya ditemui,” katanya.

Loading...

Leave a Reply

Theme by Anders Norén