Portal berita terbaik anda

Utama

‘Baik tutup saja UTC daripada menyusahkan rakyat’ – Najib

Bekas perdana menteri Najib Razak menyelar tindakan kerajaan memendekkan masa perkhidmatan Pusat Transformasi Bandar (UTC) kepada jam 7 petang mulai awal tahun depan.

Katanya, tindakan itu akan menyusahkan orang ramai, khususnya pekerja yang tidak mendapat pengecualian majikan untuk urusan peribadi pada waktu bekerja.

“Baguslah. Dari memberi kesenangan kepada rakyat, kini menyusahkan rakyat untuk berurusan dengan kerajaan.

“Baik tutup saja UTC,” sindir anggota parlimen Pekan.

Menulis di Facebook, Najib berkata pentadbirannya dahulu memperkenalkan pusat itu bagi memudahkan urusan rakyat Malaysia.

Katanya, UTC menawarkan pelbagai perkhidmatan penting dan diperlukan rakyat di satu hab atau pusat sahaja.

“Beribu orang berurusan di UTC setiap hari terutamanya di luar waktu kerja,” katanya.

Najib turut berkongsi sepucuk surat memaklumkan masa operasi itu.

Menurut surat dari pejabat ketua setiausaha perbendaharaan itu, mulai 1 Januari 2019, waktu operasi UTC antara jam 8 pagi hingga setiap malam, kecuali cuti umum.

Loading...

Leave a Reply