‘Bagi duit raya RM3 je? Kedekut, dengan budak-budak pun berkira’ – Bapa

0
33456

Baru-baru ini seorang lelaki memuat naik luahan ketidakpuasan hatinya terhadap segelintir saudara maranya yang memberi duit raya ‘ciput’ kepada anak-anaknya.

Menurut lelaki itu, dia tidak menyangka masih ada lagi orang di zaman ini memberi duit raya yang sedikit seperti zaman 90-an. Sedangkan jika dia membawa anak-anaknya beraya di rumah rakan-rakannya di Pulau Pinang, paling koman dapat RM5-RM10.

“Saya pergilah beraya di rumah saudara mara kelmarin, bawa anak-anak saya sekali. Bila nak balik, saudara mara bagilah duit raya kepada anak-anak saya. RM3 je? Ada lagi zaman sekarang bagi RM3, macam zaman 90-an.

“Orang cakap, orang-orang kita ini kaya raya. Kalau saya beraya di rumah member-member saya di Pulau Pinang, habis kopang RM5-RM10 seorang dapat.

“Janganlah kedekut sangat kita ni, dengan budak-budak pun nak berkira ke?” tulisnya di sebuah Facebook Group.

Bagi individu yang memuat naik screenshot tersebut, Firdaus Ibrahim, si bapa pula yang melebih-lebih dari anaknya dan si bapa katanya patut bersyukur ada yang sudi memberi duit raya kepada anak-anaknya itu.

“Ada juga manusia macam ni, lebih ayah dari anak! Bersyukurlah orang bagi (duit raya) dekat anak. Hari raya jangan ajar anak minta duit raya atau meminta seperti pengemis. Orang tu lalu minta, orang ni lalu, minta.

“Ajar anak untuk bersalam, ziarah jiran tetangga untuk eratkan silaturrahim. Bermaafan.

“Salah satu sebab duit ditukar, tapi saya sengaja tak agih duit raya macam inilah, nak tengok reaksi anak-anak saudara/sepupu sepapat bersalaman kerana duit atau sebaliknya.

“Biasanya budak tak bersalaman tanpa duit. Rosak dah hari raya sekarang kerana duit raya,” tulis Firdaus.

Sementara itu, netizen turut bersetuju dengan pendapatnya bahawa kebanyakan kanak-kanak yang datang hanya semata-mata duit raya sahaja dan dari situ dapat kita lihat yang ibu bapa mereka tidak mendidik anak-anak mereka mengikut cara yang betul.

“Duit raya sekadar suka-suka sahaja, bukan wajib diberi. Pemberian RM3 itu dah kira baik. Kita beraya pun untuk mengeratkan lagi silaturrahim menziarah kenalan yang sudah lama tidak berjumpa,” tulis Cik Puan Yana.

“Kalau aku pergi beraya bawa anak dan orang tak bagi apa-apa, aku relaks saja. Kalau dapat walaupun seringgit, dah kira bersyukur. You as a father kena ajar anak-anak bahawa hari raya bukan hari nak mengumpul duit raya tetapi hari nak menziarahi sanak saudara. Masa ini saja yang tak kenal, yang jauh kita nak jumpa,” tulis Farahana Shukor.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here