‘Saya tidak pernah serang Tun M Secara peribadi’ – Azmin

0
196

SHAH ALAM – “Saya tidak pernah menyerang peribadi Tun M (Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad),” tegas Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dalam Bicara Minda “Ekonomi: Kesejahteraan untuk semua”, di sini, hari ini.

Azmin berkata, dia tidak pernah menyerang peribadi mana-mana individu termasuklah Tun M kerana yakin pandangan yang berbeza itu akan menghasilkan sesuatu yang lebih baik.

Menurutnya, Tun M kini dilihat sebagai seorang individu yang berbeza di mana kini mahu serta bersedia menerima pandangan.

“Walaupun usia Tun M sudah mencecah 93 tahun, tenaga dan pemikirannya jauh lebih baik dari tenaga dan pemikirannya dari mereka yang lebih muda yang tiada prinsip.

“Saya berpeluang berkhidmat dengan beliau 30 tahun lalu… Tun M kini seorang yang berbeza,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here