Azeez Rahim, abang ditahan SPRM

0
338

AHLI Parlimen Baling yang juga bekas Pengerusi Lembaga Tabung Haji (TH), Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Ibu Pejabat SPRM hari ini.

Beliau yang juga Ahli Majlis Tertinggi UMNO ditahan kira-kira jam 11 pagi mengikut Seksyen 16(a) Akta SPRM 2009 bagi membantu siasatan kes menerima rasuah.

Sumber SPRM berkata, turut ditahan, abang Abdul Azeez, Abdul Latif di Sungai Buloh, jam 11.30 pagi tadi.

Penahanan Abdul Latif yang juga Pengurus Besar sebuah syarikat pengurusan hartanah turut ditahan bagi membantu siasatan mengikut Akta SPRM 2009.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here