Cempedak Cheese

Portal berita terbaik anda

Jenayah

Ayah sanggup curi gogal untuk anak

KUALA TERENGGANU – Bapa kepada tiga anak mendakwa terpaksa mencuri tiga gogal untuk anaknya ketika ditahan pengawal keselamatan di sebuah pasar raya di Kuala Nerus, semalam.

Lelaki berusia 36 tahun dan tidak bekerja itu ditahan pada 7.30 malam, mendakwa dua anaknya yang berada di tadika dan sekolah rendah memerlukan gogal berkenaan kerana mahu mengikuti program perkhemahan anjuran sekolah masing-masing.

Menurut sumber, perbuatan lelaki terbongkar selepas penggera kecemasan berbunyi ketika dia melintasi pintu berkenaan sebelum pengawal keselamatan membuat pemeriksaan.

Katanya, ketika itu lelaki berkenaan menyandang beg yang dipercayai juga dicuri cuba melarikan diri tetapi gagal selepas ditangkap di tepi jalan berhampiran pasar raya berkenaan.

“Hasil pemeriksaan di dalam beg sandang itu menemui satu set ‘allen key’, tiga gogal dan satu set sarung tangan dapur yang disyaki dicuri.

“Dianggarkan nilai barangan yang diambilnya itu hampir RM150.

“Lelaki itu kemudiannya diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut dan hasil ujian saringan awal air kencing terhadapnya didapati negatif dadah serta tidak memiliki rekod jenayah lampau,” katanya.

Sementara itu, Pendaftar Mahkamah Sesyen/Majistret Kuala Terengganu Rusila Nik membenarkan lelaki terbabit direman empat hari sehingga Ahad ini untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan kerana mencuri dalam bangunan.

Leave a Reply

Theme by Anders Norén