Portal berita terbaik anda

Utama

‘Ayah kena tuduh macam-macam’ – Terkilan bapa diherdik, anak anggota polis luah rasa kecewa

Sejak semalam, tular di media sosial video seorang anggota polis yang dituduh cuba untuk mengambil rasuah ketika menahan sebuah lori semasa menjalankan pemeriksaan di Jalan Pasir Putih-Lahat, berhampiran Bandar Lahat Baru, Ipoh.

Pemandu lori terbabit bersama isterinya telah mengherdik pegawai polis tersebut, ketika diminta untuk menunjukkan kad pengenalan dan lesen memandu yang tidak dibawa kerana kononnya tercicir.

Sementara itu, anak kepada pegawai polis tersebut menerusi Twitter dengan nama akaun @ftnzlkfl_ telah meluahkan rasa kecewanya terhadap sikap biadap pemandu lori itu yang tergamak membuat tuduhan melulu terhadap bapanya.

“Pegawai polis ni ayah saya. Kesian ayah balik kerja penat-penat dapat video orang tuduh dia macam-macam. Ini bukan soal rasisatau bangsa lain, tetapi soal adab dan budi bahasa. Semoga urusan ayah dipermudahkan,” katanya.

Akibat daripada sikap biadap dan mengganggu tugas pegawai polis, pemandu lori terbabit telah ditahan reman selama tiga hari dan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan.

Difahamkan, suspek mempunyai beberapa rekod kesalahan lampau termasuk empat waran tangkap.

Loading...

Leave a Reply