Cempedak Cheese

Portal berita terbaik anda

Viral

Awek tercirit depan orang ramai, teman lelaki sanggup bersihkan

ORANG kata kalau dah sayang, kentut pun boleh bau wangi semerbak. Tapi kisah yang ingin dikongsi ini lebih daripada pasal kentut itu sendiri, memang tak pernah dibuat orang lagi!

Seorang gadis berkongsi pengalaman memalukan apabila terpaksa membuang air besar di hadapan khalayak ramai.

Kejadian berlaku ketika gadis berasal dari Taiwan itu keluar bersama teman lelakinya untuk menikmati makanan pedas sebelum menyedari perutnya ‘meragam’.

Disebabkan semua tandas awas penuh ketika itu dan terdesak untuk menggunakan tandas, remaja berusia 19 tahun terbabit kemudian menyuruh teman lelakinya memandu pulang ke rumah.

Belum sempat masuk ke dalam kereta, gadis itu telah mengeluarkan ‘harta’ yang ditahan selama ini di dalam seluarnya. Memang tak tahan dah tu gamaknya!

Dia pun risau kereta kekasih hati akan kotor dan berbau najis, justeru teman lelakinya mencadangkan agar mereka berdua menaiki bas sahaja untuk balik.

Sebaik menaiki bas, gadis itu tidak berani untuk duduk di kerusi dan hanya memegang seluarnya sepanjang perjalanan.

Apabila mereka sampai di rumah, jejaka pujaan hati membawa teman wanitanya ke tandas dan ingin membantu untuk membersihkan najis berkenaan.

Walaupun gadis itu menolak pertolongan terbabit kerana risau akan mengotorkan pakaian teman lelakinya, tetapi lelaki ala-ala ‘Prince Charming’ itu semestinya tidak kisah mengenai perkara tersebut.

Lelaki tersebut dengan sukarela mengeluarkan ‘harta’ dari seluar, mencuci seluar dan baju serta menyediakan pakaian baru untuk dipakai oleh teman wanitanya.

Aihh tak dapat bayangkan! Harap hubungan mereka kekal utuh macam ‘kekebalan’ seluar si gadis. Kalau putus cinta, jangan menangis pulak dik.

Leave a Reply

Theme by Anders Norén