Kartunis lukis gambar Nabi maut dalam kemalangan ngeri

STOCKHOLM, SWEDEN – Kartunis Sweden, Lars Vilks yang pernah mencetuskan kontroversi kerana melukis karikatur Nabi Muhammad dilaporkan maut dalam satu nahas jalan raya, lapor Badan Penyiaran British (BBC) hari ini. Vilks, 75, ketika kejadian dikatakan sedang menaiki sebuah kenderaan polis sebelum bertembung dengan sebuah lori berhampiran bandar Markaryd di bahagian selatan Sweden. Dua anggota polis… Continue reading Kartunis lukis gambar Nabi maut dalam kemalangan ngeri

Published
Categorized as Utama

Naib Ketua PPBM Pasir Puteh mohon maaf hina pemain badminton negara

PASIR PUTEH – Naib Ketua Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Pasir Puteh, Borhanuddin Che Rahim memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia berhubung status di Facebook berbaur perkauman terhadap pemain badminton perseorangan wanita negara, S.Kisona semalam. Borhanuddin yang menggunakan akaun Facebook bernama Borhan Che Rahim itu berkata, tidak pernah terlintas di fikirannya untuk merendah-rendahkan individu atau… Continue reading Naib Ketua PPBM Pasir Puteh mohon maaf hina pemain badminton negara

Published
Categorized as Utama

Video anak autisme dikasari pengetua pusat asuhan undang kemarahan netizen

SEORANG bapa membuat laporan polis mendakwa anak lelakinya berusia tujuh tahun yang juga kanak-kanak autistik dicederakan ketika berada dalam jagaan sebuah pusat jagaan di Bandar Baru Ampang, pada Jumaat lalu. Menurut Tengku Aminuddin Shafiq Tengku Ibrahim, 37, dia menghantar anaknya ke pusat jagaan khusus untuk kanak-kanak autistik itu pada jam 8.45 pagi pada hari kejadian.… Continue reading Video anak autisme dikasari pengetua pusat asuhan undang kemarahan netizen

Published
Categorized as Utama

Nenek Aliff Syukri meninggal dunia

Usahawan terkenal, Datuk Seri Aliff Syukri kehilangan insan tercinta apabila neneknya, Hajah Aminah Satar disahkan meninggal dunia pada awal pagi tadi. Perkara berkenaan telah dikongsikan sendiri oleh Aliff menerusi satu perkongsian di Instagram miliknya. “Alfatiha..Ibu,nenek dan buah hatiku.. Video ini telah sy posting petang tadi di ig storey sy.. dan ingin sy simpan supaya tak… Continue reading Nenek Aliff Syukri meninggal dunia

Published
Categorized as Utama

Remaja kerdil, Kama Mirezzanial meninggal dunia

REMAJA yang pernah dinobatkan sebagai kanak-kanak paling kecil di dunia pada 2012, Kama Mirezzanial Kama Rezmie, 17, menghembuskan nafas terakhir di sebuah pusat rawatan tengah malam tadi. Perkara tersebut dikongsi ahli keluarga remaja itu menerusi hantaran di Facebook. “Assalamualaikum, dukacita dimaklumkan anakanda istimewa saya Kama Mirezzanial Bin Kama Rezmie telah kembali ke rahmatullah pada 01.10.2021… Continue reading Remaja kerdil, Kama Mirezzanial meninggal dunia

Published
Categorized as Utama

Dijangkiti Covid-19, bekas atlet menembak negara kritikal

BEKAS atlet menembak negara, Muslifah Zulkifli dijangkiti Covid-19 dan dilaporkan berada dalam keadaan kritikal. Perkhabaran itu dikongsi menerusi Facebook Pusat Sukan Universiti Teknologi Mara (UiTM) yang turut memaklumkan Muslifah kini ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Gleneagles Medical Centre, Pulau Pinang. “Pada 17 September yang lepas, saudari Muslifah Zulkifli bekas atlet menembak UiTM dan negara… Continue reading Dijangkiti Covid-19, bekas atlet menembak negara kritikal

Published
Categorized as Utama

‘Orang buat perkara tak elok kat saya, dibuatnya di Bangkok’ – Ustaz Kazim sebak dedah apa sebenarnya yang berlaku

PENCERAMAH bebas, Datuk Mohd Kazim Elias atau lebih dikenali sebagai Ustaz Kazim ketika ini berada dalam keadaan kurang sihat. Perkara tersebut dimaklumkan menerusi perkongsian sebuah video di akaun Instagram miliknya dua hari lalu. Menerusi video tersebut, kelihatan Ustaz Kazim berjalan menggunakan tongkat memperlihatkan kesukaran memijak pada kaki kiri beliau. Difahamkan Ustaz Kazim sedang mengalami bengkak… Continue reading ‘Orang buat perkara tak elok kat saya, dibuatnya di Bangkok’ – Ustaz Kazim sebak dedah apa sebenarnya yang berlaku

Published
Categorized as Utama

Anak Azmi saat meninggal dunia selepas 3 hari dilahirkan

PETALING JAYA – Hanya sempat bergelar bapa selama tiga hari, penyanyi Azmi Saat dan isteri, Nazira Muhammad reda selepas bayi sulung mereka disahkan meninggal dunia sebentar tadi. Berita duka itu dikongsikan sendiri Azmi atau nama lengkapnya Khairul Azmi Mohd. Saat, 34, menerusi hantaran terkini dalam Instagram miliknya. “Allah lebih menyayanginya. Afnan tunggu kami di syurga… Continue reading Anak Azmi saat meninggal dunia selepas 3 hari dilahirkan

Published
Categorized as Hiburan

Sebelum ini antivaksin, abang Siti Sarah mohon maaf pada doktor dan jururawat

KUALA LUMPUR: Tiada kata yang dapat menggambarkan kekesalan Ahmad Firdous Raisuddin yang pernah membuat dakwaan tidak berasas kepada petugas kesihatan yang telah bertungkus-lumus membantu membendung penularan COVID-19. Bahkan, tindakannya sebelum ini yang secara terang-terangan antivaksin amat dikesalinya selepas diuji dengan wabak berkenaan. Kekesalan dan kesedihan juga tentu sekali tambah berganda buat Ahmad Firdous, 40, apabila… Continue reading Sebelum ini antivaksin, abang Siti Sarah mohon maaf pada doktor dan jururawat

Published
Categorized as Utama

Di sebalik watak samseng dalam Squid Game, pelakon ini rupa-rupanya pencinta kucing

PENONTON barangkali sangat membencinya disebabkan watak antagonis seorang samseng bernama Jang Deok-su yang dijayakannya dalam siri Netflix nombor satu global, Squid Game. Pun begitu, dalam dunia realiti, pelakon yang menjayakan karakter tersebut, Heo Sung-tae ternyata seorang yang sangat berbeza dan sangat menyantuni semua makhluk termasuk haiwan peliharaan, kucing. Menerusi akaun Instagram rasminya @heosungtae, selain berkongsi… Continue reading Di sebalik watak samseng dalam Squid Game, pelakon ini rupa-rupanya pencinta kucing

Published
Categorized as Hiburan