Temui ajaI ketika bantu mangsa Iemas, Asraf tinggalkan empat anak kecil

PASIR GUDANG – Lelaki yang ditemukan lemas ketika cuba menyelamatkan seorang kanak-kanak yang terjatuh ke dalam longkang di Taman Cendana, petang tadi merupakan bapa kepada empat cahaya mata.

Allahyarham Mohd. Asraf Mohd. Hisham Tan, 32, yang merupakan seorang penghantar barangan dipercayai dalam perjalanan pulang ke rumah ketika kejadian.

Menurut abang mangsa, Mohd. Izhar, adiknya meninggalkan seorang isteri yang tidak bekerja dengan empat orang anak yang masih kecil berusia antara enam bulan hingga lima tahun.

Dalam kejadian itu, dia difahamkan Mohd. Asraf terus terjun ke dalam longkang terbabit selepas menyedari terdapat seorang kanak-kanak dalam keadaan terkapai-kapai dihanyutkan arus deras.

“Adik saya bekerja sebagai ‘runner’, ketika dia dalam perjalanan pulang, dia ternampak seorang kanak-kanak lelaki terjatuh ke dalam longkang.

“Tanpa berlengah dia terus terjun ke dalam longkang berkenaan bagi membantu menyelamatkan kanak-kanak itu.

“Bagaimanapun air terlalu deras ketika itu menyebabkan dia turut dihanyutkan sekali,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Dalam kejadian pada pukul 4.12 petang itu, mangsa dan seorang kanak-kanak berusia 13 tahun ditemukan lemas dalam sebuah longkang berdekatan Masjid Taman Cendana.

Operasi mencari dan menyelamat mangsa berjaya menemukan kedua-duanya pada pukul 6 petang sebelum ditamatkan pada pukul 7 petang selepas seorang lagi kanak-kanak yang dikhuatiri lemas ditemukan dalam keadaan selamat.

Loading...

Leave a Reply