Portal berita terbaik anda

Utama

Arwah Ustaz Radzi rebah dalam keadaan bersujud

BEKAS penyanyi kumpulan rock Melissa, Allahyarham Ustaz Radzi yang meninggal dunia ketika membuat persembahan malam tadi, dikatakan rebah dalam keadaan bersujud.

Memetik kenyataan pengacara program tersebut, Dj Kzie Ahmad di laman Facebooknya, Allahyarham Radzi hanya berada beberapa saat di atas pentas sebelum rebah.

“Allahyarham terus dibawa ke bilik persalinan untuk diberikan rawatan kecemasan.

“Apabila ambulans tiba, rawatan diteruskan namun Allah lebih menyayanginya dan Allahyarham menghembuskan nafas terakhir akibat kekurangan oksigen,” katanya seperti dipetik.

Ustaz Radzi atau nama sebenarnya Mohd. Radzi Abdul Hamid, 52, merupakan orang terakhir menjayakan persembahan dan berada di atas pentas sekitar pukul 10.30 malam untuk menyanyikan lagu pertama berjudul Kami Mat Rock.

Jenazah Allahyarham akan dibawa pulang ke kampung halamannya di Kampung Sungai Baru, Jitra Kedah untuk dikebumikan di sana.

Loading...

Leave a Reply