Cempedak Cheese

Portal berita terbaik anda

Hiburan

Ardell Aryana menggigil, menangis ketika Nadzmi Adhwa sarung cincin

Pada malam Ahad, tular sebuah video pelakon Nadzmi Adhwa malu-malu ketika mahu menyarungkan cincin ke jari manis isterinya, Ardell Aryana.

Menerusi video yang dikongsi netizen di laman sosial Instagram (IG) itu, Ardell kelihatan kekok ketika Nadzmi Adhwa mahu memegang tangannya.

Tangan Ardell juga kelihatan menggigil ketika acara tersebut dan pelakon tersebut dilihat mengalirkan air mata kerana terlalu gementar.

Bagaimanapun, Nadzmi Adhwa akhirnya berjaya menyarung cincin ke jari isterinya selepas seorang tetamu memberi kata-kata positif dan meminta pasangan pengantin bertenang.

 

View this post on Instagram

 

Betul dah kahwin… alhamdulillah. Bukan drama tau. 😘 #sakitpulahatikitadoktanyakahwinkebelum 🎥@aziahazmee #adhwaardell @jaydeesm @nadzmiadhwa @ardellaryana

A post shared by Jaydee Mohamad (@jaydeesm) on

Sementara itu, menurut laporan mStar Online, Ardell Aryana sah bergelar isteri kepada Nadzmi Adhwa dengan sekali lafaz kira-kira jam 5.31 petang, Ahad.

Pasangan tersebut dinikahkan oleh Imam Masjid Al-Mutaqqin Seri Kembangan, Ustaz Hafiza Hafiz dalam sebuah majlis serba sederhana.

Ardell telah menerima hantaran senaskah Al-Quran, mas kahwin berjumlah RM300 serta dua dulang hantaran.

Nadzmi turut menerima dua dulang hantaran daripada pihak pengantin perempuan.

Difahamkan Al-Quran yang dijadikan hantaran kepada pengantin perempuan merupakan hadiah daripada Ardell kepada Nadzmi semasa majlis merisik, namun dipulangkan semula sebagai hantaran selepas dibaca dan difahami tafsirnya.

Ardell dan Nadzmi sudah mengenali antara satu dengan lain sejak lapan tahun lalu.

Leave a Reply

Theme by Anders Norén